Blogger Backgrounds

Wednesday, July 27, 2011

Monday, July 25, 2011

Sulitnya Menilai Diri Sendiri


Sahabat,

Luqman al-Hakim mengajarkan kepada anaknya sekelumit pelajaran yang sangat berharga.

Dalam sebuah riwayat dikisahkan, pada suatu hari Luqman Hakim berjalan menuju pasar dengan menaiki seekor keledai, sedangkan anaknya berjalan dibelakanngnya. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak mempunyai timbang rasa, anaknya dibiarkan berjalan kaki sedangkan dirinya menunggang keledai.” Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh anak itu kurang adab terhadap orang tua.”

Mendengarkan perkataan orang-orang itu, lantas Luqman pun ikut naik menunggangi keledai bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor keledai yang kecil, sungguh telah menyiksa keledai itu.” Oleh karena mendengar perkataan orang tadi, maka Luqman dan anaknya turun dari keledai itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan keledai itu tidak dikenderaim sungguh orang yang bodoh.”

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Luqman al Hakim menasihati anaknya tentang sikap manusia dan penilaian-penilaian mereka, katanya “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T saja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap perkara yang dilakukannya.”

Sahabat,

Sekelumit kisah tersebut telah memberikan pelajaran bagi kita bahwa adalah sifat manusia yang dengan begitu mudahnya memberikan penilaian kepada orang lain. Seringkali menilai orang lain dengan standar apa yang ada pada diri kita. Kita dengan mudah mengatakan si-”A” sombong, angkuh, pelit, dan segudang penilaian lainnya. Na’udzubillah. Ternyata lisan kita ini lebih mudah untuk menilai orang.

Menilai orang pada dasarnya sah-sah saja dilakukan dalam bingkai ukhuwah dan silahturahmi yang dilandasi kecintaanya kepada Allah SWT. Menilai orang diatas kebencian hanya akan menelorkan umpatan, sindiran, ghibah, bahkan namimah (hasutan). Menilai orang dengan standar pada diri kita boleh jadi salah dan bisa jadi ada benarnya. Menilai orang akan sangat baik jika didasarkan pada standar yang telah ditetapkan oleh Al-Haq, dimana tidak kebenaran selain dari Tuhan Semesta Alam. Akan menjadi lebih baik jika penilaian tersebut disampaikan langsung kepada orang menjadi obyek penilaian. Namun, seringkali justru kita menyampaikan penilaian kita ini kepada teman kita, kemudian teman tadi menyampaikan kepada temannya lagi, demikian seterusnya dengan maksud agar disampaikan kepada orang yang dinilai tadi. Al-hasil, yang terjadi adalah ghibah atau berujung pada namimah.

Dalam memberikan penilaian kita kepada orang lain, lebih sering kita lakukan tanpa bertanya langsung kepada orang tersebut tentang mengapa ia bersikap demikian. Dalam teori plausability atau degree of belief, kita perlu mengumpulkan data dengan nilai variance yang sekecil mungkin atau memiliki standard error yang minimal agar diperoleh hasil analisis dan decision yang acredited. Untuk itu mengumpulkan data primer, dari orang yang bersangkutan, akan sangat baik agar tidak terjadi bias analisis yang sangat besar. Teori ini sebenarnya sederhana, agar kita berhati-hati dalam memberikan penilaian kepada orang lain. Apa yang kita rasa, apa yang terllihat, apa yang terdengar oleh kita atas orang lain bisa jadi salah walaupun ada benarnya.

Sahabat,

Menjaga hati, menjauhkan dari yang tidak berguna, bertafakur, berdzikir, akan lebih baik bagi kita daripada memberikan penilaian A, B, C, D dst kepada si-”A”, “B”, dst. Menghisab diri sendiri tentunya lebih mulia untuk menjaga diri yang dhaif ini. Marilah kita terus berprasangka baik, berpikir positif dan berapresiasi positif kepada orang lain. Karena kita sendiri tidak tahu apa yang ada pada benak orang tersebut. Jagalah hati jangan kau nodai …

Sumber bacaan: http://muntohar.wordpress.com

Wednesday, July 20, 2011

Interesting Info to Share with....

SOMETHING FOR US TO KNOW....

Ants Problem:
Ants hate cucumbers.
Keep the skin of cucumbers near the place or ant hole.










To get pure and clean ice :

Boil water first before freezing.








To make the mirror shine:
Clean with sprite












To remove chewing gum from clothes:

Keep the cloth in the freezer for an hour.









To whiten white clothes:
Soak white clothes in hot water with
a slice of lemon for 10 minutes








To give a shine to hair :


Use one teaspoon of vinegar on hair, then wash hair.












To get maximum juice out of lemons :
Soak lemons in hot water for one hour,
and then juice them.






To avoid smell of cabbage while cooking:


Keep a piece of bread on the cabbage
in the vessel while cooking.









To avoid tears while cutting onions:
Chew gum.










To boil potatoes quickly:


Skin one potato from one side only before boiling.











To remove ink from clothes :
Put regular white toothpaste on the ink spots generously
and let it dry completely, then wash.








To skin sweet potatoes quickly :


Soak in cold water immediately after boiling.







To get rid of mice or rats :
sprinkle black pepper in places where you find mice or rats.
They will leave.







Chinese Proverb:
'When someone shares something of value with you
and you benefit from it,

You have a moral obligation to share it with others.'

Saturday, July 16, 2011

About Innovation....

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi?

Menurut Kinicki dan William (2003), Inovasi adalah kaedah mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik. Ini bermakna, setiap organisasi sama ada berasaskan keuntungan atau tidak akan bersaing untuk menghasilkan idea yang kreatif bagi manfaat organisasi bersama. Inovasi juga berfikir(deemed) untuk menghasilkan sesuatu yang baru di pasaran yang akan merubah persamaan antara permintaan dan pengeluaran (supply-demand equation).
Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan secara mudah bahawa inovasi sebagai:

- Penghasilan baru
- Berdasarkan proses penyusunan semula
- Menggunakan unsur yang sedia ada
- Penghasilan sesuatu yang unik, mudah dan bernilai

Perlaksanaan Inovasi dilakukan oleh mereka yang berfikiran kreatif untuk peneraju (pioneer) dah meraih peluang yang maksimum.

Secara am, inovasi terdapat dalam dua peringkat iaitu:

A) Peringkat Individu

Peringkat ini, inovasi dilaksanakan oleh individu berfikiran kreatif. Terdapat pelbagai cara untuk menjadi individu yang berfikiran kreatif dan kritis seperti dengan menimba ilmu, meneliti persekitaran dan seterusnya membina idea baru. Cetusan idea2 bukan sahaja dapat menghasilkan teknologi baru, membaiki kualiti sesuatu benda atau untuk menyelesaikan sesuatu masalah malahan mengubah ketamadunan manusia.

Sebagai contoh penggunaan mesin taip yang digunakan sekita tahun 1870-an sehingga 1980-an yang dihasilkan oleh Peter Mitterhofer. Kemudian revolusi mesin taip bertukar kepada penghasiln komputer elektronik oleh Charles Babbage yang dilihat untuk membaiki kualiti sesuatu kerja serta di hasilkan seiring dengan arus kemodenan teknologi dan persekitaran semasa. Secara ringkasnya jika dilihat dengan contoh yang diberikan ia diistilahkan sebagai modifikasi. Oleh itu setiap individu perlu sedar kepentingan ilmu untuk mencetuskan pemikiran kreatif dan inovatif dalam usaha menuju kearah pembangunan diri atau organisasi.

B) Peringkat Organisasi

Di peringkat ini pula, inovasi merupakan salah satu ciri penting dalam sesebuah organisasi yang dinamik dan terbuka. Setiap organisasi sentiasa berinteraksi secara aktif san prospektif dengan persekitaran. Prospektif ialah sifat mencari peluang baru untuk menguasai keadaan atau untuk meraih keuntungan yang maksimum atau juga memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pekerjanya.





Friday, July 15, 2011

ReHatKan MiNdA.....

Letih dah dengan Jerebu dan Inovasi yang memenatkan minda nak buat paper...So let lapangkan kepada dengan citer-citer lawak yang boleh menyebabkan kita ketawa atau tak pun setakat tersenyum sendirian....




Laki talipon,
Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,
Takmau bang, bini awak diet…
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa…
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk… Lari tido bilik sebelah….
Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….
Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa…
Tapi belikan jerla apa-apa….
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….
Eh, bini akuni… Yang mana satu nih?
—————————————————————–
Laki talipon bini,
Petangni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang!
Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben…
Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?
—————————————————————-
Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii….
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta…
Bila dah siap, kuar bilik…
Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa…
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
—————————————————————-
Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang….
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
—————————————————————-
Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker…
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petir
plak..
Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?
—————————————————————
Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….
Nak bagi pakai baju mana ni Yang…? <— laki tanya
Alah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…
pakaikan jerlah baju mana-mana pon…
bukan ada org nk tengok ponnn…
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….
Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…
———————————————————-
Kesian lelaki… otak lurus sgt… xleh bengkang bengkok sket.
HAHAHAHA
Laki talipon,Yang oii… Abang kat kedai mamak ni… Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab,Takmau bang, bini awak diet…
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa…Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorotSiap majuk-majuk… Lari tido bilik sebelah….
Bila laki query balik,Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii….
Bini jawab,Memangla orang kata takmau apa-apa…Tapi belikan jerla apa-apa….Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr….
Eh, bini akuni… Yang mana satu nih?

—————————————————————–
Laki talipon bini,Petangni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,Alaaahhh…. Hari-hari kena masak, penatlah bang!Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamakTibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.Sampai umah, sendawa bau kamben…Tiba-tiba… Bini jerit panggil suh makan!Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!Merajuk lagiiii… Tido bilik sebelah lagi…..!!Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!Bini abang penat tau nak kemas umah semedangAwat abang tak kuar pi mancing ker… Pi main bola ke…Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih
Si laki punyala seronok weeiii….Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta…
Bila dah siap, kuar bilik…Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa…Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?
—————————————————————-

Bang, ujung mingguni balik kampung nak?
Abang keja lah yang….
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,Esoknya, laki pon start keta… Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi… Bini dia talipon.Abang bila nak balik ambik kitorang bang?
—————————————————————-

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker…Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jerAbang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang…
Laki pon, dengan muka rebel…. Masuk bilik rahsia… Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line… Tetiba jer kena petirplak..Apa awak lipat kain mcm ni banggg?Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?kenapa spender ni awak lipat tiga?kenapa? kenapa? kenapa?
—————————————————————

Nah hambik anak ni bang… pakaikan pampers, pakaikan baju…bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi….
Nak bagi pakai baju mana ni Yang…? <— laki tanyaAlah abangni… kan baju anak ada 8 bakul tu…pakaikan jerlah baju mana-mana pon…bukan ada org nk tengok ponnn…
Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju….Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha…

source: http://jomtenet.com/

Wednesday, July 13, 2011

Fenomena JEREBU



Bila kita memandang keluar, kita lihat keadaan sedang berjerebu dan jarak penglihatan kita juga sudah terhad/berkurang, terutama yang tinggal di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Di sini saya ingin berkongsi maklumat mengenai FENOMENA INI....

Apakah Jerebu?

Jerebu yang kelihatan di latar langit bandar kita disebabkan oleh zarah terampai di dalam atmosfera. Pada kepekatan yang tinggi, zarahan ini terserak dan menyerap cahaya matahari menyebabkan ketampakan mengufuk mengurang menjadikan atmosfera kelihatan pendar baiduri. Jerebu tidak hanya terbatas di kawasan alam sekitar bandar tetapi dicerap juga di luar bandar.
Zarah Jerebu - Asal Kejadiannya
Zarah yang menyebabkan fenomena jerebu berasal daripada pelbagai sumber, antaranya ialah semulajadi dan antropogen. Sumber semula jadi termasuklah lautan, hutan dan permukaan bumi. Walau bagaimanapun kebanyakan zarahan adalah daripada aktiviti manusia seperti pembakaran secara terbuka, pembukaan tanah, pengunaan kenderaan bermotor dan pembakaran bahan api di dalam dandang industri.


Keadaan di Malaysia yang Membantu Pembentukan Jelebu

Di tropika, laju angin biasanya perlahan. Bagi tempoh tertentu terutamanya semasa Monsun Barat Daya, keadaan atmosfera sangat stabil dan pergerakan udara mengufuk dan menegak berkurang. Dalam keadaan ini, pembentukan awan tidak aktif menyebabkan cuaca kering. Beberapa faktor seperti tempoh cuaca kering yang panjang, atmosfera yang stabil dan sumber pencemaran yang banyak di bandar atau luar bandar merupakan ramuan unggul pembentukan jerebu. Zarahan yang dibebaskan terperangkap di dalam atmosfera jisim udara bergenang dan meningkatkan kepekatannya. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku dari bulan Januari ke Februari dan Jun ke Ogos.
Sebaliknya, semasa Monsun Timur Laut, angin lengas timur laut yang umumnya bertiup kuat dari Laut China Selatan sering menurunkan kelengasannya di daratan sebagai hujan menyeluruh, oleh itu jerebu jarang kelihatan.




Apakah yang Menyebabkan Jerebu Hilang?

Atmosfera kita berubah-ubah, demikian juga halnya terdapat hari yang berjerebu dan hari cerah. Apakah yang berlaku ? Zarahan di atmosfera disingkirkan melalui beberapa proses. Zarah yang lebih berat mendap ke bumi melalui pengendapan graviti.
Proses basuhan hujan melibatkan pemeluwapan wap ke atas zarah kumin bagi membentuk titis air yang akhirnya menghasilkan awan. Zarahan juga disingkirkan melalui perlanggaran dan perlekatan dengan turunnya titis hujan melalui proses yang disebut cucian.
Golakan juga memainkan peranan membawa zarahan jerebu ke paras atmosfera tinggi untuk sebaran yang lebih berkesan. Dalam kes ini, hujan lebat / ribut petir yang menyeluruh dengan arus menaik dan menurun yang kuat boleh menyingkirkan jerebu dengan berkesan. Hujan renyai yang singkat biasanya tidak berkesan dalam menghilangkan jerebu teruk.

Jerebu, Kabus atau Kabut?

Jerebu sering disalah anggap dengan kabus atau kabut. Pada awal pagi atau selepas turunnya hujan apabila suhu rendah dan kelembapan tinggi, kabus dan kadangkala kabut terbentuk di kawasan lembah dan tanah rendah. Ianya akan hilang perlahan-lahan setelah matahari naik. Kabus dan kabut terbentuk hasil daripada pemeluwapan wap air ke atas zarah terampai di atmosfera. Dalam kajicuaca, kabus wujud jika ketampakan menjadi kurang (tanpa cuaca lain) dan kelembapan bandingan atmosfera di permukaan bumi melebihi 95%. Bila ketampakan mengufuk mengurang di bawah 1000 meter, fenomena dikelaskan sebagai kabut.

Adakah Jerebu Merbahaya?

Jerebu yang berasal daripada sumber semula jadi seperti garam laut dan debu tanah adalah tidak memudaratkan manusia. Jerebu nipis dan sementara yang wujud di kebanyakan bandar tidak memberi kesan serius pada kesihatan jangka panjang penduduk. Namun, episod jerebu yang teruk boleh membahayakan kesihatan. Kejadian terdahulu melaporkan peningkatan kejadian iritasi mata dan kerongkong serta kesukaran bernafas kepada mereka yang sensitif. Semasa episod jerebu, orang awam digesa supaya mengikut arahan / nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan.

Bagaimana Kita Boleh Kurangkan Kejadian Jerebu?

Pertama, hindari daripada membakar bahan buangan secara terbuka. Kebanyakan kejadian jerebu setempat disebabkan oleh aktiviti ini. Peningkatan kenderaan bermotor juga merupakan sumber utama zarahan jerebu di bandar. Untuk mengurangkan jerebu, kenderaan perlulah diselenggara dengan baik disamping memilih bahan api yang rendah bahan cemarnya. Pembukaan tanah secara meluas bukan sahaja menyebabkan hakisan dan penurunan gred tanah, malah merupakan juga sumber zarah terampai di atmosfera. Promosi ke arah penanaman semula pokok dan mengurangkan pembukaan tanah boleh mengurangkan jerebu. Perlu diingat bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk mengekalkan kualiti alam sekitar sebagai warisan generasi akan datang.

Apakah kesan jerebu keatas kesihatan?

Antara kesan segera yang boleh berlaku keatas kesihatan manusia ialah:

1. gatal kerongkong dan batuk-batuk.
2. sukar bernafas atau sesak nafas.
3. mata pedih dan berair.
4. kulit terasa gatal-gatal.
5. terasa sakit dada.
Kesan yang nyata adalah kepada golongan yang mempunyai penyakit kronik yang berkaitan paru-paru, jantung, kulit dan mata.

Apakah cara-cara untuk mengelakkan dari terkena kesan hasil daripada kesan jerebu itu?

1. Gunakan penutup hidung (face mask) bila berada diluar rumah.
2. Bagi perokok pula elakkan merokok dikawasan tertutup untuk mengelakkan kesan keatas orang lain.
3. Jika tiada keperluan, tinggal didalam rumah sahaja.
4. Kurangkan aktiviti diluar rumah.
5. Sentiasa membasuh muka dan mandi jika perlu.
6. Banyakkan minum air bersih.

Keadaan semasa sepatutnya membuat kita lebih perihatin keatas kesihatan diri dan keluarga sendiri dimana kita perlu mengambil langkah-langkah pencegahan yang segera dan betul. Jika kita leka dan gagal mengambil langkah-langkah pencegahan itu kemungkinan ada diantara kita akan mengalami masalah kesihatan. Ingatlah beringat sebelum kena, mencegah lebih baik dari merawat.

Source: http://www.met.gov.my/

Monday, July 11, 2011

Lima Cara Memilih Sahabat



NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya:

Pertama
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga
Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat
Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima
Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Wednesday, July 6, 2011

Cara Mengurus Kemarahan



Bagaimanakah perasaan anda hari ini?
Adakah anda rasa marah? Gembira?
Murung?
Kecewa?
Takut?
Bersalah?
Tersinggung?
Hormat?
Bertanggungjawab?
Bolehkah anda mengenalpasti dengan tepat apa yang anda rasa?
Kefahaman tentang perasaan iaitu emosi amat penting untuk mengenali perasaan sendiri dan perasaan orang lain.



CARA MENGURUS KEMARAHAN
1. Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya. Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:
a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah

Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.


2. Belajar menenangkan diri dalam situasi genting. Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir
tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri
sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui atau meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
f) Urut bahagian dada dan perut
g) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
h) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri
sendiri kerana situasi itu .


3. Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau perli. Belajar menjadi lebih
asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan

Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat. Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.

“Angry people are those who are most afraid” -Robert Anthony-

“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya” -Imam AL Ghazali