Blogger Backgrounds

Friday, January 27, 2012

Maulid Nabi Rai Kelahiran Islam

Salam,

Insyallah pada 5 Februari 2012  (bersamaan 12 Rabiulawal 1433)  ini seluruh Umat Islam akan meraikan Majlis Maulidul Rasul bersempena dengan tarikh Kelahiran Nabi Muhammad SAW.  Tapi tahukan kita asal usul sambutan ini diraikan...



MAULID berasal dari perkataan Arab yang bermakna melahirkan terutamanya merujuk kepada kelahiran bayi. Namun dalam konteks hari ini ia dirujuk khusus kepada hari keputeraan Nabi Muhammad iaitu pada 12 Rabiulawal setiap tahun.

Sejarah Ringkas


Sambutan Maulidur Rasul telah diasaskan oleh kerajaan Fatimiah di Mesir yang meraikannya secara besar-besaran.
Mereka bukan sahaja meraikan hari keputeraan Rasulullah, tetapi juga yang membabitkan ahli keluarga baginda Zainab, Hassan, Hussain.

Walau bagaimanapun, semua perayaan ini telah dihentikan pada tahun 488 H atas perintah Perdana Menteri, al-Afdal Shahindah yang berpegang kuat pada sunnah seperti tercatit di dalam buku Al-Kamel, karangan Ibnu Al-Atheer. Ia berhenti diraikan sehingga Al-Ma'moon Al-Bataa'ni memegang kuasa kerajaan.

Apabila kerajaan al-Ayubbiyyah merampas kuasa, semua perayaan itu sekali lagi dihentikan. Namun begitu, masyarakat tetap merayakannya di kalangan keluarga mereka secara tertutup. Pada Abad ke-7, Putera Muzafar Al-Deen Abi Sa'd Kawakbri Ibn Zein Ed-Deen 'Ali- Ibn Tabakatikin telah mewartakan perayaan Maulid Nabi di Bandar Irbil.

Muzafar yang merupakan seorang sunni mengambil berat akan perayaan Maulidur Rasul hingga memerintahkan persediaan seperti mendirikan khemah, menghias khemah dan pelbagai lagi dilaksanakan seawal dan sebaik mungkin. Setiap kali selepas solat Asar, Muzafar akan menyaksikan perayaan itu dalam khemah yang telah didirikan.

Hujah membolehkan Maulidur Rasul

Antara ulama yang menyokong Maulidur Rasul terutamanya Imam Jalaluddin Sayuti dan Sheikh Dr. Yusuf Al Qaradawi.

Imam Jalaluddin Sayuti: 
"Ibadat macam itu adalah bidaah hasanah (bidaah baik) yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi, melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi Muhammad SAW yang mulia".

Sheikh Dr. Yusuf al Qaradawi: 
"Semua telah sedia maklum bahawa sahabat-sahabat Rasulullah tidak merayakan hari kelahiran Rasulullah. Ini kerana mereka telah menyaksikan secara langsung setiap gerak-geri Rasulullah dan seterusnya ingatan terhadap Rasulullah itu kekal di dalam hati dan juga ingatan. Sa'd bin Abi Waqas mengatakan bahawa beliau begitu ghairah untuk menceritakan mengenai Rasulullah kepada kanak-kanak sama seperti mana keghairahan mereka mendidik anak-anak itu mengenai al-Quran. Oleh kerana mereka sering menceritakan sejarah perjuangan Rasulullah, maka tidak perlulah merayakan seperti mana dirayakan Maulid Rasul kini.

"Bagaimanapun, generasi terkemudian telah mula melupakan kegemilangan sejarah Islam dan kesannya. Dengan itu, perayaan Maulid Rasul diadakan bertujuan mengingati sejarah Islam ketika Rasulullah masih hidup. Sebenarnya, meraikan hari kelahiran nabi bermakna meraikan hari kelahiran Islam. "Maka dibolehkan meraikan Maulid nabi ini dengan syarat tidak dicampur-adukkan dengan perkara-perkara bidaah. Tetapi sebaliknya diisi dengan ceramah yang menceritakan akan sejarah Islam".

Antara dalil bagi yang membolehkan Maulid ini:

1) Allah berfirman yang bermaksud: Maka orang yang beriman kepadanya (Muhammad saw) memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Quran) mereka itulah yang beruntung. (al-A'raf: 157)
Keterangan: Tujuan maulud adalah untuk memuliakan Nabi Muhammad. Maka perayaan maulud masuk dalam umum ayat tersebut.

2) Firman Allah yang bermaksud: Dan ingatkanlah mereka dengan hari-hari Allah. (Ibrahim: 5)
Keterangan: Al-Baihaqi di dalam Syakbu al-Iman daripada Ubai bin Kaab daripada Nabi SAW, sesungguhnya baginda menafsirkan 'hari-hari Allah' adalah hari-hari nikmat dan kurniaan Allah. Al-Alusi dalam Ruh al-Ma'ani menjelaskan lagi dengan katanya "kelahiran Nabi merupakan nikmat yang paling besar".

3) Bahawasanya Nabi Muhammad datang ke Madinah maka beliau mendapati orang Yahudi berpuasa pada hari Asyura iaitu hari 10 Muharam, maka Nabi bertanya kepada orang yahudi itu: "Kenapa kamu berpuasa pada hari Asyura?" Jawab mereka: "Ini adalah hari peringatan, pada hari itu dikaramkan Firaun dan pada hari itu Musa dibebaskan, kami berpuasa kerana bersyukur kepada Tuhan".

Maka Nabi berkata: "Kami lebih patut menghormati Musa berbanding kamu". (riwayat Bukhari dan Muslim) Ibnu Hajar Al-Asqalani pengarang Syarah Bukhari yang bernama Fathul Bari berkata, bahawa dari hadis itu dapat dipetik hukum: Umat Islam dibolehkan bahkan dianjur memperingati hari-hari bersejarah, hari-hari yang dianggap besar umpamanya hari-hari Maulud, Israk dan Mikraj dan lain-lain.

- Nabi pun memperingati hari karamnya Firaun dan bebasnya Musa dengan melakukan puasa asyura sebagai bersyukur atas hapusnya yang batil dan tegaknya yang hak.

Sama-samalah kita menghayati dan membanyakkan Selawat ke atas Junjugan Nabi Muhammad SAW, kaum kerabat dan sabahat-sahabat baginda ....AMIN

Sumber : 

Saturday, January 21, 2012

THE CHINESE CALENDER

Chinese New Year is the main holiday of the year for more than one quarter of the world’s population. Although the People’s Republic of China uses the Gregorian calendar for civil purposes, a special Chinese calendar is used for determining festivals. Various Chinese communities around the world also use this calendar.
The beginnings of the Chinese calendar can be traced back to the 14th century B.C.E. Legend has it that the Emperor Huangdi invented the calendar in 2637 B.C.E.
The Chinese calendar is based on exact astronomical observations of the longitude of the sun and the phases of the moon. This means that principles of modern science have had an impact on the Chinese calendar.
What Does the Chinese Year Look Like?
The Chinese calendar - like the Hebrew - is a combined solar/lunar calendar in that it strives to have its years coincide with the tropical year and its months coincide with the synodic months. It is not surprising that a few similarities exist between the Chinese and the Hebrew calendar:
An ordinary year has 12 months, a leap year has 13 months.
An ordinary year has 353, 354, or 355 days, a leap year has 383, 384, or 385 days.
When determining what a Chinese year looks like, one must make a number of astronomical calculations:
First, determine the dates for the new moons. Here, a new moon is the completely "black" moon (that is, when the moon is in conjunction with the sun), not the first visible crescent used in the Islamic and Hebrew calendars. The date of a new moon is the first day of a new month.
Second, determine the dates when the sun’s longitude is a multiple of 30 degrees. (The sun’s longitude is 0 at Vernal Equinox, 90 at Summer Solstice, 180 at Autumnal Equinox, and 270 at Winter Solstice.) These dates are called the Principal Terms and are used to determine the number of each month:
Principal Term 1 occurs when the sun’s longitude is 330 degrees.
Principal Term 2 occurs when the sun’s longitude is 0 degrees.
Principal Term 3 occurs when the sun’s longitude is 30 degrees. (etc.)
Principal Term 11 occurs when the sun’s longitude is 270 degrees.
Principal Term 12 occurs when the sun’s longitude is 300 degrees.
Each month carries the number of the Principal Term that occurs in that month.
In rare cases, a month may contain two Principal Terms; in this case the months numbers may have to be shifted. Principal Term 11 (Winter Solstice) must always fall in the 11th month.
All the astronomical calculations are carried out for the meridian 120 degrees east of Greenwich. This roughly corresponds to the east coast of China.
Some variations in these rules are seen in various Chinese communities.
What Years Are Leap Years?
Leap years have 13 months. To determine if a year is a leap year, calculate the number of new moons between the 11th month in one year (i.e., the month containing the Winter Solstice) and the 11th month in the following year. If there are 13 new moons from the start of the 11th month in the first year to the start of the 11th month in the second year, a leap month must be inserted.
In leap years, at least one month does not contain a Principal Term. The first such month is the leap month. It carries the same number as the previous month, with the additional note that it is the leap month.
How Does One Count Years?
Unlike most other calendars, the Chinese calendar does not count years in an infinite sequence. Instead years have names that are repeated every 60 years.
(Historically, years used to be counted since the accession of an emperor, but this was abolished after the 1911 revolution.)
Within each 60-year cycle, each year is assigned name consisting of two components:
The first component is a Celestial Stemm. These words have no English equivalent:
1 jia 6 ji
2 yi 7 geng
3 bing 8 xin
4 ding 9 ren
5 wu 10 gui
The second component is a Terrestrial Branch. The names of the corresponding animals in the zodiac cycle of 12 animals are given in parentheses.
1 zi (rat) 7 wu (horse)
2 chou (ox) 8 wei (sheep)
3 yin (tiger) 9 shen (monkey)
4 mao (hare, rabbit) 10 you (rooster)
5 chen (dragon) 11 xu (dog)
6 si (snake) 12 hai (pig)
Each of the two components is used sequentially. Thus, the 1st year of the 60-year cycle becomes jia-zi, the 2nd year is yi-chou, the 3rd year is bing-yin, etc. When we reach the end of a component, we start from the beginning: The 10th year is gui-you, the 11th year is jia-xu (restarting the Celestial Stem), the 12th year is yi-hai, and the 13th year is bing-zi (restarting the Terrestrial Branch). Finally, the 60th year becomes gui-hai.
This way of naming years within a 60-year cycle goes back approximately 2000 years. A similar naming of days and months has fallen into disuse, but the date name is still listed in calendars.
It is customary to number the 60-year cycles since 2637 B.C.E., when the calendar was supposedly invented. In that year the first 60-year cycle started.
What Is the Current Year in the Chinese Calendar?
The current 60-year cycle started on 2 Feb 1984. That date bears the name bing-yin in the 60-day cycle, and the first month of that first year bears the name gui-chou in the 60-month cycle.
This means that the year wu-yin, the 15th year in the 78th cycle, started on 28 Jan 1998. The 20th year in the 78th cycle, started on 1 Feb 2003.
The following are dates for Chinese/Lunar New Year’s day:
Chinese year Zodiac animal Gregorian calendar
4693 Boar January 31, 1995
4694 Rat February 19, 1996
4695 Ox February 7, 1997
4696 Tiger January 28, 1998
4697 Hare/Rabbit February 16, 1999
4698 Dragon February 5, 2000
4699 Snake January 24, 2001
4700 Horse February 12, 2002
4701 Ram/Sheep February 1, 2003
4702 Monkey January 22, 2004
4703 Rooster February 9, 2005
4704 Dog January 29, 2006
4705 Boar February 18, 2007
4706 Rat February 7, 2008
4707 Ox January 26, 2009
4708 Tiger February 10, 2010
4709 Hare/Rabbit February 3, 2011
4710 Dragon January 23, 2012
4711 Snake February 10, 2013
4712 Horse January 31, 2014
4713 Ram/Sheep February 19, 2015
4714 Monkey February 9, 2016
4715 Rooster January 28, 2017
4716 Dog February 16, 2018
4717 Boar February 5, 2019
4718 Rat January 25, 2020
What about the year 2033?
In the early 1990s, Chinese astronomers discovered that there was an error in the Chinese calendar for 2033. The traditional calendar claimed that the leap month would follow the 7th month, while in fact it comes after the 11th month. It is very unusual that the 11th month has a leap month, in fact it hasn’t happened since the calendar reform in 1645 (before 1645, all months had the same probability for having a leap month). But many Chinese astronomers still claim that there will never be a leap month after the 12th and 1st month. In addition, there will be a leap month after the 1st month in 2262 (in fact, it should have happened in 1651, but they got the calculations wrong!) and there will be a leap month after the 12th month in 3358. Since the Chinese calendar is an astronomical calendar, predictions require delicate astronomical calculations, so my computations for 3358 should probably be taken with a grain of salt.
When did the calendar really start?
If the Chinese calendar started in 2637 B.C.E., why is the current year 60 years too late? (e.g., in 1999, the current year was 4697? and not 4637)?
The Chinese calendar does not use a continuous year count! They used a 60 year cycle and a system of regional years (starting with each emperor). Before the 1911 revolution, Sun Yat-sen wanted to establish a republican alternative to the imperial reign cycles. According to Chinese tradition, the first year of the Yellow Emperor was 2698 B.C.E., so he introduced a counting system based on this. Under this system, 2000 is year 4698. An alternative system is to start with the first historical record of the 60-day cycle from March 8, 2637 B.C.E. Based on this system, 2000 is year 4637.
What was the Early Chinese calendar?
In China, the calendar was a sacred document, sponsored and promulgated by the reigning monarch. For more than two millennia, a Bureau of Astronomy made astronomical observations, calculated astronomical events such as eclipses, prepared astrological predictions, and maintained the calendar. After all, a successful calendar not only served practical needs, but also confirmed the consonance between Heaven and the imperial court.
Analysis of surviving astronomical records inscribed on oracle bones reveals a Chinese lunisolar calendar, with intercalation of lunar months, dating back to the Shang dynasty of the fourteenth century B.C.E. Various intercalation schemes were developed for the early calendars, including the nineteen-year and 76-year lunar phase cycles that came to be known in the West as the Metonic cycle and Callipic cycle.
From the earliest records, the beginning of the year occurred at a New Moon near the winter solstice. The choice of month for beginning the civil year varied with time and place, however. In the late second century B.C.E., a calendar reform established the practice, which continues today, of requiring the winter solstice to occur in month 11. This reform also introduced the intercalation system in which dates of New Moons are compared with the 24 solar terms. However, calculations were based on the mean motions resulting from the cyclic relationships. Inequalities in the Moon’s motions were incorporated as early as the seventh century C.E., but the Sun’s mean longitude was used for calculating the solar terms until 1644.
Years were counted from a succession of eras established by reigning emperors. Although the accession of an emperor would mark a new era, an emperor might also declare a new era at various times within his reign. The introduction of a new era was an attempt to reestablish a broken connection between Heaven and Earth, as personified by the emperor. The break might be revealed by the death of an emperor, the occurrence of a natural disaster, or the failure of astronomers to predict a celestial event such as an eclipse. In the latter case, a new era might mark the introduction of new astronomical or calendrical models.
Sexagenary cycles were used to count years, months, days, and fractions of a day using the set of Celestial Stems and Terrestrial Branches. Use of the sixty-day cycle is seen in the earliest astronomical records. By contrast the sixty-year cycle was introduced in the first century C.E. or possibly a century earlier. Although the day count has fallen into disuse in everyday life, it is still tabulated in calendars. The initial year (jia-zi) of the current year cycle began on 1984 February 2, which is the third day (bing-yin) of the day cycle.
Two oracle bones from the Shang Dynasty in China (c. 1800 - 1200 BCE)Evidence from the Shang oracle bone inscriptions shows that at least by the 14th century BC the Shang Chinese had established the solar year at 365¼ days and lunation at 29½ days. In the calendar that the Shang used, the seasons of the year and the phases of the Moon were all supposedly accounted for.
 Source: http://www.webexhibits.org

Wednesday, January 18, 2012

SELAMAT HARI LAHIR....

Selamat Hari Lahir kepada Suamiku (Mas Sazali Hashim)

Dengan ucapan
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat.


Just wanna u to hear  this....


Sorry sebab 'terdedicated 'scene ni kat inche suami tercinta  ye...Almaklum cik isteri awak ni   first time terminat kat drama Korea ni....hehehe so jangan marah ye.... Untuk nak lebih faham isi kandungan lagu tu, saya berusaha mencari terjemahan lagu "Us Again' ni... Harap Inche Suami tak jealous ye bila tetiba terminat kat pelakon ni....Ampunnnnn.... 

Kim Sun Ah, Lee Dong Wook - Us, Again (우리 다시) Scent of a Woman OST (여인의 향기 OST)


I needed to find you among these many people
Please hold my extended hand
I needed to meet you among these hard times
Please hold me, who only has poor memories
Even if we don't speak, even if we don't know everything
(I can feel it)

Even if we don't speak of love, even if we just look at each other
We can be the same
The past separations and pain are far behind us now
Please accept me into you
The remaining sadness can forget you
I can change into a new me
Even if we don't speak, we know everything
(I can feel it)

Even if we don't speak of love, even if we just look at each other
We can be the same
We can trust (we) where each other's souls are
Even if we are separated, our hearts are the same

Luv U Always....
From Your Wife

Monday, January 16, 2012

Peristiwa Kelahiran Rasulullah SAW

Sumber: http://aki2004.wordpress.com/2011/02/09/kelahiran-rasulullah-saw/
12 Rabiul Awal merupakan tarikh yang bersejarah yang mana saban tahun umat Islam seluruh dunia sama-sama menyambut hari kelahiran putera bertuah yang telah merubah peradaban dunia. Muhammad begitulah nama indah kepada putera Abdullah dan Aminah ini yang telah menunjukkan sifat keperibadian dan akhlak yang terpuji semenjak kecil lagi. Tujuan perayaan ini dilakukan bukanlah untuk memuja Rasulullah S.A.W tetapi sebaliknya bagi mengingati segala pengorbanan baginda dan yang lebih utama lagi untuk mencontohi akhlak serta segala sunnah yang ditinggalkan kepada kita.
Menurut sejarah, Malikus Salleh yang merupakan seorang pendakwah yang terkenal pada masa itu telah memperkenalkan perayaan ini apabila beliau melihat umat Islam di kepulauan Melayu pada masa itu kurang mengamalkan sunnah serta mengabaikan akhlak-akhlak yang terpuji yang pernah ditonjolkan oleh Rasulullah S.A.W. Sesiapa yang menyambut kelahiran Rasul yang mulia ini tetapi hanya untuk bermegah-megah dan tidak mahu menurut segala apa yang dibawa oleh baginda S.A.W serta menolak hukum Pencipta mereka maka inilah yang dikatakan perayaan yang dibuat itu adalah bid’ah yang sesat yang menempah siksaan dan bala dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Kita bukan mengadakan perayaan untuk mengingati baginda S.A.W sahaja tetapi mestilah diikuti dengan pelaksaan segala perintah dan sunnah Rasulullah S.A.W. Pelaksaan pula hendaklah meliputi semua aspek dan bukannya menurut kehendak hati sahaja seperti yang berkait dengan ibadat khusus, sunnah yang berbentuk amalan sunat dan meninggal apa yang sukar dan tidak bertepatan dengan nafsu kita seperti politik, ekonomi, perundangan, pemerintahan, batas-batas pergaulan harian dan pemakaian pakaian yang menutup aurat bukan sahaja disekolah, universiti, tempat kerja malah di mana sahaja termasuk di rumah apabila adanya mereka yang bukan muhrim (halal berkahwin) bersama.
Kelahiran Rasulullah S.A.W adalah pada tahun Gajah di mana tentera Abrahah yang berpusat di Yaman telah datang ke Mekah untuk meruntuhkan Ka’bah. Perancangan ini adalah bertujuan memastikan manusia pada masa itu tidak lagi tertumpu di Mekah setiap tahun dalam mengerjakan ibadat haji sebaliknya mengerjakannya di Yaman. Datu baginda iaitu Abdul Muttalib apabila melihat kemaraan tentera bergajah Abrahah meminta agar kesemua penduduk Mekah untuk bersembunyi bagi menyelamatkan diri masing-masing daripada tentera itu. Beliau menyatakan bahawa Ka’bah adalah milik Tuhan yang mana Dia tetap menjaganya daripada pencerobohan mereka yang zalim. Akhirnya Allah menghantar burung Ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Abrahah.
Tentera Allah yang kecil iaitu burung mampu mengalahkan tentera bergajah Abrahah dengan lontaran batu-batu kecil sahaja. Ini bermakna setiap sesuatu tidak mampu melawan kehendak Allah yang Maha Pencipta. Pejuang Islam mesti yakin dengan pertolongan Allah yang akan bersama mereka yang ikhlas dan bersungguh dalam memperjuangkan Islam sebagaimana keyakinan yang wujud dalam hati datuk Rasulullah s.a.w iaitu Abdul Muttalib yang begitu yakin bahawa Ka’bah tetap akan dijaga oleh Tuannya iaitu Allah ketika melihat kemaraan tentera Abrahah. Kita sebagai pendakwah mesti lebih yakin daripada beliau terhadap pertolongan Allah dalam mengembalikan ketuanan Islam.
Lahirnya Rasulullah s.a.w daripada bangsa arab berketurunan Quraisy selain daripada menempelak Yahudi dan Kristian yang mendakwa bahawa bani Israel merupakan anak dan kekasih Allah, ia juga memberi pengajaran kepada kita bersama bahawa lahirnya pendakwah daripada keturunan yang baik disertai pula dengan akhlak dan keperibadian yang soleh akan menjadi pemangkin yang begitu penting dalam penyebaran dakwah. Oleh itu kita perlu menitik beratkan mengenai keturunan kita dalam memastikan dakwah Islam yang kita bawa akan lebih tersebar.
Ingatlah bahawa keluarga merupakan fitnah yang begitu besar kepada pendakwah di mana ramai di kalangan mad’u atau mereka yang di dakwah akan melihat bagaimana keadaan keluarga pendakwah sebelum menerima dakwah yang dibawa. Memang tidak dinafikan bahawa bukannya hanya faktor keturunan yang akan membantu dalam berdakwah kerana ramai juga yang dilahirkan dalam keadaan keturunan yang tidak terkenal tetapi mampu dan berjaya untuk menjalankan kerja-kerja dakwah. Ada juga yang berketurunan baik tetapi dirinya sendiri terpesong daripada ajaran Islam yang sebenar sehingga menjadi seorang yang tidak berguna malah penentang kepada Islam itu sendiri. Namun begitu persoalan mengenai keturunan yang mulia dibantu oleh sifat yang terpuji serta amal yang mulia merupakan gabungan yang ideal dalam memastikan kerja-kerja dakwah yang lebih berjaya.
Oleh itu Allah melahirkan baginda s.a.w dalam keluarga yang berketurunan yang mulia dan dihormati pada masa itu bagi membantu baginda s.a.w ketika menyampaikan dakwah. Mereka yang masih kufur tidak boleh lagi berhujjah bahawa Islam tidak dapat diterima kerana ia dibawa oleh seorang yang berketurunan biasa kerana baginda s.a.w berketurunan baik dan terpilih.
KEADAAN JAHILIAH DAN MATERIAL
Lahirnya baginda di celah-celah kegemilangan kerajaan Rom, Parsi, India dan beberapa buah lagi kerajaan yang lain menunjukkan kepada kita bahawa kemajuan sesuatu tamadun itu bukannya terletak pada kemajuan material semata-mata tetapi mestilah selari dengan pembangunan insan. Kemajuan yang berasaskan maddiah dengan mengenepikan pembangunan ruhiah tidak mampu memberikan kebahagian yang berkekalan kepada sesuatu bangsa. Kita pernah membaca dan melihat sendiri kesan kegemilangan kerajaan-kerajaan tersebut seperti kerajaan Rom di Jordan yang begitu hebat dari segi seni binanya tetapi mereka tidak mampu berlaku adil pada rakyat mereka sehingga adanya undang-undang yang melahirkan lapisan masyarakat yang berbeza taraf serta perhambaan di kalangan mereka. Mereka lebih mementingkan kehebatan dari segi material dan meninggalkan kepentingan pembinaan insan kerana mereka berada jauh daripada petunjuk wahyu Ilahi. Sikap mereka ini menular kembali ke dalam pemerintahan di negara yang menggunakan ideologi ciptaan manusia dan meninggalkan hukum Allah Yang Maha Kuasa pada masa kini.
Oleh itu tujuan sebenar kedatangan Rasulullah S.A.W adalah untuk memberi sinar iman setelah begitu lama manusia lemas dalam lautan jahiliah dan kekufuran serta mengubah daripada perhambaan sesama manusia kepada tunduk dan patuh kepada Allah yang Maha Kuasa. Namun begitu Islam bukanlah menafikan sebarang pembangunan material tetapi Islam mahu melihat bagaimana pembangunan material dan rohani mampu diselaraskan demi melihat kejayaan di dunia dan akhirat. Adakah masyarakat hari ini menjadikan Jepun atau negara barat sebagai model terbaik dalam pembinaan tamadun moden semata-mata pembangunan material yang tersergam indah atau pun kerana disiplin masa dan ketekunan mereka dalam bekerja dan mengkaji?.
Kita dapat lihat sendiri apa yang berlaku dalam negara di mana berbilion wang dihabiskan untuk membina bangunan yang tinggi-tinggi demi mencipta nama di mata dunia walau pun semakin hari semakin tinggi jumlah hutang negara yang ditanggung sedangkan berapa banyakkah wang yang dihabiskan untuk pembinaan manusia. Sikap memandang remeh terhadap pembinaan insan ini menyebabkan ramai rakyat yang terlibat dengan amalan yang tidak sihat malah menggugat keamanan negara. Berapa bilion terpaksa dihabiskan untuk membina penjara, pusat serenti dan pelbagai lagi dalam membendung penagihan dadah, jenayah seks dan sebagainya. Pemimpin sendiri terlibat dengan masalah politik wang yang mampu menggadaikan keseluruhan hasil dan tanah negara dalam masa terdekat dan jaka panjang.
Kehidupan baginda s.a.w dalam suasana jahiliah yang dipenuhi oleh amalan penyembahan berhala mengingatkan kita bagaimana suasana itu tidak mampu menggoyah dan memberi kesan kepada keperibadian Rasulullah s.a.w yang sentiasa berada di bawah naungan tarbiah Ilahi. Suasana ini juga memberi pengajaran kepada kita bersama bagaimana Rasulullah s.a.w menjadi baik dan berakhlak mulia bukannya disebabkan suasana sekitar yang baik dan soleh sebaliknya kerana didikan Allah. Ini bagi menafikan dakwaan yang menyatakan bahawa baginda s.a.w menjadi soleh dan berakhlak mulia kerana terasuh dan terdidik oleh suasana sekitarnya yang baik. Kita sebagai pejuang Islam mestilah berusaha dalam membina keperibadian muslim sejati walau pun berada dalam suasana jahiliah moden yang mencengkam bagi menyahut maksud hadis di mana Rasulullah s.a.w menyifatkan keadaan muslim yang sejati sebagaimana ikan di laut yang mana ia tidak masin seperti air laut sebaliknya dagingnya tetap manis.
YATIM PIATU DAN MISKIN
Semenjak kecil lagi Rasulullah telah diuji dimana seorang demi seorang mereka yang merupakan tempat baginda bergantung dan mengharapkan kasih sayang sebagaimana anak-anak kecil yang sebaya dengan baginda telah pergi menemui Al-Khaliq iaitu dengan dimulai dengan kematian ayahandanya Abdullah semasa baginda dalam kandungan ibundanya lagi. Kemudian diikuti dengan kematian ibundanya Aminah ketika mana baginda baru mula mengerti erti belaian kasih sayang seorang ibu. Selepas itu datuknya Abdul Muttalib pula pergi menemui Ilahi yang mana penjagaan baginda selepas itu diambil alih oleh bapa saudaranya Abu Thalib.
Ujian ini telah mematangkan baginda dan menunjukkan kepada kita bahawa usaha dakwah kepada kebaikan memerlukan pengorbanan disamping di uji dengan mehnah atau cabaran. Ujian ini juga adalah untuk menjauhkan Rasulullah S.AW daripada tuduhan liar bahawa ilmu yang beliau sebarkan adalah hasil warisan dan pengajian yang baginda S.A.W perolehi daripada ibubapa dan datuk baginda S.A.W sebaliknya ia adalah wahyu Ilahi. Begitu juga untuk menghindar daripada tuduhan yang mengatakan segala kematangan dan perilaku yang mulia pada diri Rasulullah S.A.W adalah kerana hasil penjagaan dan didikan daripada ibubapa dan datuk baginda S.A.W. Kehidupan sebagai anak yatim piatu juga mengajar baginda yang bakal menjadi nabi lagi rasul untuk berdikari dan juga melahirkan dalam diri baginda s.a.w sifat kasih terhadap orang susah dan menderita terutama anak yatim piatu.
Sebagaimana sekarang kita dapat dapat bezakan antara yang menjadi ahli koprat kerana dilahirkan dalam keluarga koprat berbeza dengan mereka yang menjadi ahli koprat hasil usahanya sendiri. Tanggapan orang ramai mengenai kedua-dua mereka adalah berbeza walaupun kedua-duanya merupakan ahli koprat dan mereka yang lahir menjadi ahli koprat hasil daripada usahanya sendiri biasanya lebih matang kerana pernah menghadapi cabaran dan jatuh bangunnya perniagaan sebelum lahir sebagai ahli koprat. Ingatlah bahawa perjuangan untuk meninggikan kalimah La ila ha illallah bukannya dihamparkan dengan permaidani merah tetapi dibentangkan dengan onak dan duri di sepanjang perjalanan menuju matlamatnya yang suci.
Kehidupan baginda s.a.w juga tidak dihiasi dengan warisan kekayaan keluarga sebaliknya dipenuhi dengan kemiskinan sehingga jika kita membaca kitab sirah nabawiyyah ada menceritakan bagaimana keluarga ibu susunya Halimatus Sa’diyah hanya bersetuju untuk menjaga baginda s.a.w setelah mereka tidak mendapati kanak-kanak selain baginda s.a.w untuk diasuh. Ini adalah bertujuan untuk mendidik baginda s.a.w dengan erti kesusahan dan juga bagi mengelakkan kekayaan itu menjadi fitnah kepada tujuan mereka yang memeluk Islam selepas kenabian nanti. Ia juga mengingatkan bagaimana sebagai pendakwah Islam yang tulen kita mesti meneruskan usaha dalam memastikan bendera La ilaha illaLlah akan berkibar megah samada ketika senang atau pun susah. Kewangan bukanlah penghalang yang besar kepada kerja dakwah sebaliknya ia hanya sekadar bantuan sahaja dalam melancarkan tugas-tugas kita sebagai pendakwah.
Bibliografi :
1. Ar-Rahikul Makhtum, Sofiyyurrahman al-Mubarakfuri, Darul Salam, Riyadh.
2. Fiqh as-Sirah, Doktor Muhammmad Sa’id Ramadhan al-Buthi, Darul Fikir.
3. As-Sirah an-Nabawiyyah, Doktor Mustafa as-Siba’ie, Al-Maktab al-Islami

Baca lagi artikel lain mengenai Maulid Nabi

Monday, January 9, 2012

Kesan Jangka Masa Tidur Kepada Mental

Sumber : PROFESOR DR SYED HASSAN AHMAD


ADA orang tidur lama dan ada orang tidur sekejap. Antara mereka ini ada yang rajin dan produktif, tetapi tidak kurang juga sebaliknya — malas serta tidak tidak produktif.

Adakah jangka masa tidur boleh menentukan kerajinan dan produktiviti seseorang? Jawapannya ya dan tidak.

Ini bermaksud terpulang kepada individu berkenaan — berapa umurnya, apakah tabiat dan jadual tidurnya, apa dilakukan sepanjang hari dan bagaimana pemakanannya.

Ada pemimpin negara maju dan ilmuan yang berwibawa, hanya tidur lebih kurang lima jam saja setiap hari, tetapi sangat produktif dan cemerlang dalam kerjaya mereka.

Ada juga makluman bahawa mereka yang tidur terlalu lama mempunyai risiko tinggi dilanda pelbagai penyakit, terutama gangguan kardiovaskular seperti strok dan kanser, jika dibanding dengan yang tidur sekejap.

Makluman ini dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan mereka yang kurang tidur terdedah pada risiko badan menjadi gemuk dan penyakit kencing manis.

Oleh itu, kita turut menjadi keliru, apakah jangka masa tidur yang baik dan bagaimana untuk mendapat tidur berkualiti supaya kita boleh mengelakkan pelbagai gangguan kesihatan mental dan fizikal.

Apabila dibicarakan mengenai jumlah jam seseorang itu harus tidur, ia satu dimensi saja. Maksudnya, ada orang hanya perlu tidur sekejap tetapi mampu membuat sesuatu yang produktif dan ada juga yang perlu tidur lama, namun mereka juga boleh menghasilkan kerja bermutu.

Oleh itu, jumlah jam diperlukan seseorang untuk mendapat kepuasan tidur adalah berbeza. Kepuasan dan keselesaan tidur subjektif, hanya individu berkenaan dapat memberitahu sama ada dia mendapat jumlah jam untuk tidur dengan sempurna atau sebaliknya.

Kajian menunjukkan mereka yang mengalami insomnia, iaitu gangguan tidur (mereka berasa tidak selesa apabila bangun pagi) kerap memaklumkan mereka tidak mendapat jumlah jam secukupnya untuk tidur.

Namun, apabila diuji di makmal tidur, jumlah jam tidur mereka didapati lebih daripada dinyatakan. Ini bermaksud mereka yang mengalami insomnia kerap membuat anggapan rendah mengenai jumlah jam tidur mereka.

Berbalik pada isu tidur lama dan tidur sekejap. Yang dimaksudkan tidur lama adalah tidur melebihi sembilan jam pada waktu malam, manakala tidur yang kurang daripada enam jam dikatakan tidur sekejap.

Secara puratanya, kedua-dua angka ini adalah untuk golongan dewasa kerana kanak-kanak dan warga tua memerlukan jumlah waktu tidur berbeza.
Bayi dan kanak-kanak tidur lebih lama, manakala warga tua hanya memerlukan jangka masa tidur yang sedikit.

Ritma tidur bayi dan kanak-kanak berkait rapat dengan rembesan hormon pertumbuhan. Ritma tidur warga tua pula berkait rapat dengan sindrom fasa tidur atau dalam bahasa Inggeris disebut ‘advanced sleep phase syndrome’.

Seperti kita semua maklum, kualiti tidur dipengaruhi pelbagai faktor, termasuk fizikal, mental dan spiritual. Oleh itu setiap orang akan menunjukkan reaksi dan tindak balas berbeza dari semasa ke semasa apabila ditanya mengenai kualiti tidur.

Sistem saraf

Namun, yang penting adalah tindak balas subjektif individu berkenaan. Jika dia berasa selesa dengan jumlah jam yang dia dapat tidur, dia seharusnya tidak perlu bimbang dengan status kesihatannya.
Andainya dia ingin ubah corak dan tabiat tidurnya, dia akan mengalami beberapa perubahan dalam rentak kitaran tidurnya untuk sementara waktu kerana sistem sarafnya perlu membuat penyesuaian.
Ini ada kaitan dengan kajian yang menunjukkan mereka yang sengaja dikurangkan jumlah tidurnya didapati mengalami peningkatan keletihan. Selain itu, ada juga perubahan molekular yang menyebabkan perubahan pada gen, peningkatan kortisol, aktiviti di lobes frontal meningkat, daya kognitif menurun serta ada perubahan struktur pada hipotalamus.

Semua ini menunjukkan jika seseorang cuba ubah ritma tidurnya, sama ada untuk menambah atau untuk mengurang jumlah jam tidurnya, dia pasti mengalami perubahan dalam sistem sarafnya untuk sementara waktu kerana sistem itu akan membuat penyesuaian sewajarnya.
Dalam kajian yang dibuat di sini, didapati ramai orang berpendapat mereka memerlukan antara tujuh dan lapan jam untuk tidur secara selesa setiap malam.

Namun, bagi yang mengalami gangguan kesihatan fizikal seperti kegagalan jantung dan ginjal atau gangguan mental seperti keresahan dan kemurungan, mereka kerap menyatakan kurang tidur (daripada jumlah jam dinyatakan). Ada juga yang berkata mereka tidur lebih lama daripada itu.
Walau apapun masa tidur dialami, perkara yang penting adalah perasaan individu itu terhadap dirinya. Jika seseorang itu mengantuk, lebih baik dia tidur daripada cuba melawan perasaan mengantuknya. Ini kerana ia boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak diingini.
Perasaan mengantuk bukan tanda malas. Individu yang produktif dan sihat daripada aspek fizikal dan mental sesungguhnya mahir mengendalikan masanya dengan teratur.

Dia tahu jumlah jam yang dia perlu tidur, bila dia perlu masuk ke kamar tidur untuk berehat dan bila perlu bangun serta berkerja untuk mencari nafkah.

Individu ini prihatin terhadap pemakanan yang diperlukan, tahu mengenai kebaikan makanan seimbang, membabitkan diri dengan riadah dan menjauhi perkara yang boleh mengganggu-gugat kesihatan dan keselamatan dirinya.

Oleh itu, bukan jumlah jam tidur semata-mata yang menentukan panjang atau pendek umur seseorang, mudah atau sukar diserang penyakit. Yang lebih penting adalah perasaan selesa, ketenteraman jiwa serta kepuasan diri bahawa dia sudah membuat sesuatu yang produktif dan berjaya dalam kerjaya dan tanggungjawabnya.

Ini bermaksud kualiti dan kuantiti tidur adalah satu fenomena istimewa, ia boleh menjadi satu isyarat kepada kita, sama ada kita hidup selesa atau sebaliknya.

Justeru, pembaca tidak perlu tergesa-gesa membuat perubahan secara mendadak terhadap tabiat tidur mereka hanya dengan membaca hasil kajian kerana mereka harus lihat secara keseluruhannya mengenai faedah atau kesan sampingan yang boleh berlaku mengenai jangka masa tidur lama atau sekejap.

Mudah-mudahan dengan pengetahuan, kemahiran dan sikap positif yang kita ada, kita boleh mempertingkatkan lagi kualiti hidup kita.


Wednesday, January 4, 2012

Kembali ke Sekolah


Hari ni semua murid-murid telah kembali memulakan sesi persekolahan bagi sesi 2012....Selamat menempuh alam persekolahan bagi anak-anak yang baru melangkah ke Tahun 1 dan selamat meneruskan perjuangan dan memperbaiki prestasi lalu bagi anak-anak yang telah meningkat darjah/tingkatan...

SELAMAT MAJU JAYA.....

Buat Guru-guru semua...

SELAMAT BERBAKTI KEPADA AGAMA, BANGSA dan NEGARA. Anda semua adalah PENENTU GENERASI akan datang....