Blogger Backgrounds

Wednesday, January 16, 2013

Gemari Buah Epal Untuk Miliki Badan Yang Ideal

Agak lama dah tinggalkan blog ni bersawang...sangat sibuk dengan tugas hakiki sejak hujung tahun hingga awal tahun....sibuk menilai KPI tahun 2012, menilai prestasi pegawai di bawah penyeliaan saya dan sibuk merancang peruntukan dan KPI untuk tahun 2013...

Emmm.... dalam sibuk-sibuk pun jangan lupa dengan kesihatan kita. Tambahan pula cuaca yang tidak menentu sekarang, penyakit seperti demam, batuk dan selsema mudah dijangkiti....Biasanya semasa sedang sibuk dan tak sempat nak makan dengan sempurna, eloklah kita menyediakan buah-buahan yang senang nak dimakan terus. Contohnya epal, pisang, pear dsb. Kali ni saya ingin berkongsi maklumat mengenai buah EPAL yang menjadi buah kegemaran golongan bekerjaya....ye ke?

Epal adalah antara jenis buah yang mempunyai kandungan gizi dan mineral yang sangat tinggi. Buah epal ini mampu mencegah penyakit kanser,diabetes mellitus dan membunuh virus infeksi sehingga ada yang menyatakan epal adalah doktor semulajadi.

Terdapat dua jenis epal iaitu epal merah dan epal hijau seperti yang sudah diketahui umum namun epal import iaitu epal yang berwarna merah tua mengilap adalah epal yang paling digemari. Epal import ini mempunyai rasa yang manis, ukuran seragam, teksturnya yang rangup, serta kulitnya yang mulus. Epal umumnya dilabelkan sebagai buah segar. Komponen penting dalam buah epal adalah pectin, iaitu sekitar 24 peratus. 



Pektin tersebut akan membentuk gel apabila ditambah gula pada kisaran pH tertentu. Pektin memainkan peranan penting dalam pembuatan jus (sari buah), jeli dan jeruk. Selain itu, epal juga boleh diolah menjadi cuka (vinegar). Epal yang diolah umumnya merupakan buah berukuran kecil (tidak termasuk gred) atau buah hasil penjarangan.


Khasiat pada sebiji epal yang mengandungi zat gizi yang tinggi iaitu vitamin dan mineral mampu menjadikan kulit kita cantik dan halus.Kandungan zat-zat gizi dalam 100 gram buah epal adalah: 58kkl energy; 4 g lemak; 3 g protein; 14,9 karbohidrat; 900 IU vitamin A; 7 mg tiamin; 3 mg riboflavin; 2mg niacin; 5mg vitamin C; 0,04 mg vitamin B1; 0,04 mg vitamin B2; 6 mg kalsium; 3 mg zat besi; 10 mg fosfor; dan 130 mg potassium (kalium). 

Epal juga berfungsi sebagai pencegah penyakit yang terletak pada kandungan karoten dan pectin. Karoten memiliki fungsi seperti vitamin A dan juga antioksida yang berguna untuk mengelak serangan radikal bebas penyebab pelbagai penyakit degeneratif. Pektin merupakan salah satu ciri serat yang bersifat larut dalam air yang boleh memperbaiki otot pencernaan dan mendorong sisa makanan pada saluran pembuangan. Selain itu Pektin dikenali sebagai anti kolestrol kerana boleh mengikat asid hempedu. Pektin juga boleh meyerap lebihan air dalam usus dan menghilangkan racun dari usus. 

Buah epal mempunyai indeks glikemik (petunjuk kecepatan peningkatan gula darah) yang sangat rendah. Hal ini bererti bahawa kadar gula yang terdapat secara semula jadi pada epal tidak akan menyebabkan kecepatan naiknya gula dalam darah. Epal juga berfungsi mengawal keluarnya insulin sehingga tidak berlebihan. 

Oleh itu, pengambilan epal secara teratur boleh menjaga keseimbangan gula dalam darah serta menurunkan tekanan dan kolesterol darah. Khasiat buah epal bagi kesihatan sangat berkait dengan zat-zat gizi mahupun bukan gizi yang terkandung di dalamnya. Dengan demikian, epal layak disebut sebagai doktor semula jadi. Banyak hasil kajian menunjukkan bahawa epal sangat besar manfaatnya: 

1) Menurunkan kolesterol darah
2) Menurunkan tekanan darah
3) Menstabilkan gula darah
4) Meningkatkan high density lipoprotein (HDL=kolesterol baik) 
5) Membunuh virus infeksi
6) Mengurangkan selera makan
7) Memperlancarkan pencernaan
8) Mempertahankan kesihatan saraf
9) Agen antikanser
10) Menjaga kasihatan jantung

Sumber: Diba S. | Tupai



Tuesday, January 1, 2013

Bye bye 2012, Welcome 2013




Tinggalkan 2012 sebagai kenangan dan pengajaran yang bakal digunakan untuk memperbaiki kelemahan kita, menjadikan kita insan yang lebih gemilang dan  diredhai Allah sentiasa....