Blogger Backgrounds

Thursday, February 28, 2013

Rahsia Surah Al-Kautsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.



Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, February 14, 2013

AWAS!!! SMS Kemenangan PALSU


Apabila anda menerima SMS menyatakan yang anda menang suatu pertandingan atau kad SIM anda terpilih memenangi sejumlah wang....mesti anda akan rasa teruja kan...Tapi AWAS!!! dinasihatkan supaya anda tidak terus menghubungi nombor telefon yang disertakan dalam SMS tu...apa yang anda perlu buat adalah semak dulu dengan laman web  atau talian rasmi syarikat yang dinyatakan untuk pengesahan....Saya juga tidak terkecuali menerima SMS sama. Di sini saya ingin berkongsi mengenai pengalaman ini dan jika anda juga terima SMS begini boleh lakukan seperti yang saya telah lakukan ini atau boleh terus membuat laporan kepada SKMM atau polis. Saya memilih untuk terus menghantar email kepada syarikat berkenaan

Email saya kepada Shell Customer Service (generalpublicenquiries-my@shell.com....

Baru-baru ini saya menerima beberapa SMS daripada talian mobile memaklumkan SIM Card telefon bimbit saya telah dipilih oleh Syarikat Shell memenangi Hadiah Wang Tunai dengan jumlah yang agak besar. SMS berkenaan meminta saya menghubungi nombor telefon bimbit yang didakwa adalah talian rasmi SHELL. Saya ragu-ragu dan tidak percaya mengenai SMS tersebut dan diabaikan dan dihapuskan daripada telefon saya. Saya pasti ramai antara kami di luar sana yang turut menerima SMS yang sama.


Dua-tiga hari lalu, saya menerima lagi pesanan SMS yang sama, ini membuatkan saya terfikir, mungkin ada sindiket yang cuma menipu kami. Saya tidak pasti motif penghantar SMS kerana saya tidak pernah memberi maklum balas kepada SMS tersebut.  Saya mohon supaya pihak SHELL mengeluarkan kenyataan rasmi sama ada di media elektronik atau media cetak mengenai perkara ini. Jika Shell berdiam diri dan tidak membuat laporan yang sewajarnya, saya pasti ia akan memberikan reputasi buruk kepada Shell.
Bersama-sama ini saya sertakan 2 daripada beberapa SMS yang saya terima mengenai perkara ini sebagai rujukan pihak Shell.







DAN, ini pula JAWAPAN daripada SHELL Customer Service yang saya terima tak sampai sejam email saya kirimkan, TERIMA KASIH....



Selamat Sejahtera.

Terima kasih kerana menghubungi Shell berkaitan isu khidmat pesanan ringkas yang melibatkan nama Shell.

Untuk pengetahuan anda, Shell tidak akan menghantar sebarang pesanan melalui khidmat pesanan ringkas kepada pemenang.

Semua pemenang akan dihubungi melalui telefon dan kami tidak memerlukan pelanggan/pemenang untuk memberitahu nombor akaun anda.

Khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima oleh anda adalah satu penipuan dan untuk 
pengesahan anda boleh layari laman web Shell di www.shell.com.my

Sila hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Shell di talian 1-300-88-1808 untuk keterangan lebih lanjut.


Terima Kasih,
Shell Malaysia Trading Bhd.
Maya Salamah

Diharap semua akanlebih berkati-hati....AWAS!!!

Tuesday, February 12, 2013

Petua Menghilangkan Parut


Lama dah rasanya tak berkongsi mengenai petua orang-orang tua...
Masa zaman kanak-kanak dulu, tak sah kalau tak berparut sana sini....Al-maklum tinggal kat kampung, jadi permainan kami memang jenis yang ganas-ganas la....tak macam budak-budak zaman sekarang asyik dengan ipad, ps3, note dan yang sewaktu dengannya... Balik kepada tajuk di atas, bila kami luka dan meninggalkan parut, arwah nenek selalu bersusah payah nak menghilangkan parut di badan kami....


Di antara petua yang digunakan untuk menghilangkan parut adalah seperti berikut:

1. Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.






 2. Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.






 3.  Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
  4.  Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.






 5.  Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.










 6.  Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
  7.  Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.








OK KAWAN-KAWAN, SELAMAT MENCUBA



Thursday, February 7, 2013

Tips Diet Seminggu (7 Hari)

Sudah menjadi kebiasaan ketika berada dalam keadaan tertekan, nafsu makan semakin menjadi-jadi sehinggakan ada yang tidak boleh mengawal. Semakin anda stress, semakin bertambahlah keinginan anda untuk mengunyah.

Oleh itu, kami ingin kongsikan tips diet tujuh hari yang boleh anda lakukan sepanjang minggu secara berterusan untuk mendapatkan berat badan yang diingini.

Hari Pertama
Makan semua jenis buah kecuali pisang. Untuk minuman pula, minumlah minuman yang sihat dan semulajadi. Elakkan dari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan anda kerap mengambilnya. Selain itu, anda disarankan untuk mengambil sup dalam pemakanan anda.

 

Hari Kedua
Makan semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung. Anda tidak dibenarkan memakan kacang panggang dan yang seumpama dengannya. Makan sehingga anda sendiri puas dengan rasa sayur itu dan makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu. Pada sebelah malam pula, makan kentang putar dalam hidangan besar. Gantikan mentega dan mayones dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.

Hari Ketiga
Gabungkan menu hari pertama dan kedua. Tetapi anda tidak perlu memakan kentang putar untuk hari ketiga ini. Jika anda betul-betul mengamalkan diet ini, anda sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua hingga tiga kilogram.

Hari Keempat
Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak. Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang anda mampu. Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi anda harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram. Anda juga tidak boleh lupa mengambil sup dalam hidangan.

Hari Kelima
Anda dibenarkan untuk memakan daging putih (ikan atau ayam) yang berjumlah antara 300 hingga 600 gram, selain memakan 6 biji tomato segar. Tomato sebenarnya membantu mencernakan protein dari mencuci pembinaan asid urik. Pengambilan sup sudah memadai jika diambil sekali sahaja.

Hari Keenam
Anda dibenarkan memakan daging bersama sayur. Makanlah apa saja jenis stik kerana ia baik untuk kandungan jantung. Tetapi, jangan makan kentang putar. Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun. Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu anda.

Hari Ketujuh
Makanlah nasi menggunakan beras perang. Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran. Anda masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.


MARILAH KITA CUBA...Mana tau boleh kurangkan STRESS 

Sumber:  http://my.entertainment.yahoo.com/news