Blogger Backgrounds

Saturday, February 15, 2014

Khasiat Daun Inai



Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat. 

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik. 

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. 

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. 

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang. 

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala. 

Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. 

Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal. 

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala.


http://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-inai-yang-perlu-anda-tahu-photo-031351163.html

Pemakanan Mengikut Jenis Darah



Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'. Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda. Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit. 

Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca. 

Apa yang menentukan kuantiti? 

Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik. Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika. 

Kumpulan Makanan dan Jenis Darah

Jenis O dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh. 

Jenis A perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut. 

Jenis B perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang. 

Jenis AB harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan. 

Faedah Mengamalkan Pemakanan Mengikut Jenis Darah 

Dr. D'Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan untuk memakan lemak setiap hari, dan menghadkan gula dan alkohol.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/pemakanan-mengikut-jenis-darah-030452008.html