Blogger Backgrounds

Tuesday, February 4, 2014

Tips Merawat Ulser

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh. 

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bercakap. 

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 



Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips berguna untuk merawat ulser. 

Air dan garam

Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumur air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda. 

Air kelapa

Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser. 

Air dan soda penaik

Air dan soda penaik yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir. 

Vitamin B

Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. 

Vitamin C

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser. 

Gliserin

Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.

sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/news/tips-merawat-ulser-010710818.html

No comments: