Blogger Backgrounds

Tuesday, February 21, 2012

HATI JUGA ADA MAKANANNYA




Enam Perkara yang merosakkan hati manusia... Hasan Basri telah berkata, 
 Kerosakkan hati manusia disebabkan 6 perkara : 


 1- Sengaja melakukan dosa dengan harapan dosanya akan diampunkan.

 2- Memiliki ilmu tetapi tidak diamalkannya. 


 3- Apabila beramal tetapi tidak Ikhlas kepada Allah SWT.


 4- Memakan rezeki Allah SWT tetapi tidak pernah bersyukur kepada Allah SWT. 


 5- Tidak redha dengan pemberian Allah SWT. 


 6- Sering menguburkan orang mati tetapi tidak mahu mengambil pengajaran dari kematian tersebut. 





Pesan Imam Ghazali:
Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Sesungguhnya dalam diri manusia ada seketul daging. Jika baik daging itu, maka baiklah seluruh anggota badannya, tetapi seandainya daging itu rosak, dan kotor maka rosaklah seluruh anggota badannya.. dan seketul daging itu adalah hati. “

(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)


Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA:

“ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.



Sumber:


Kitab Mutiara Kebijaksanaan Dalam Islam. M/S : 193. MENJAGA HATI
  http://fmtt.blogspot.com/2009/05/ubat-hati.html


No comments: