Rasulullah saw bersabda, “Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia
maka putuslah amalnya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakan untuknya.” (HR. Muslim)
Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya
Allah, Malaikat dan Ahli (penduduk) langit dan bumi; hingga semut di
dalam lubang dan juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di
laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia. (HR al-Tarmizi, 300 hadis bimbingan oleh ustaz Zahazan Mohamad)
Kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya mulai saya mengenal huruf dan nombor sehingga saya telah menjadi orang yang berguna kini...saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru semua. Jasa dan pengorbanan kalian akan kekal hingga ke akhir hayat....
Ya Allah, berkatilah usaha dan kehidupan guru-guru kami.
1 comment:
Tanpa guru siapalah kita..
Post a Comment