Bagi anda yang sedang cuba menjaga berat badan dan kesihatan diri sudah tentu gembira dengan ciptaan konfeksionari terkini, iaitu coklat yang diperbuat dari jus buah-buahan.
Mula diperkenalkan oleh sekumpulan saintis di Universiti Warwick, teknik sedemikian menggunakan jus buah-buahan seperti kranberi, epal dan oren sebagai pengganti kepada lemak koko dan susu yang mana jus tersebut dicampurkan dalam bentuk buih mikro. Cara ini mampu mengekalkan tekstur coklat yang pejal tetapi masih boleh cair dalam mulut.
"Teknik ini mengekalkan sifat asal coklat, tetapi dengan menggunakan jus buah dan bukan lemak. Kini, kami berharap agar industri makanan boleh bertindak selanjutnya dengan mengaplikasi teknologi ini untuk membuat pelbagai jenis coklat dan gula-gula lain yang rendah lemak tetapi sedap," ujar Dr. Stefan Bon, selaku Profesor Madya bagi Bahagian Kimia di Universiti Warwick.
"Memandangkan jus tersebut diedarkan ke seluruh bahagian coklat, ianya tidak akan mengubah keaslian rasa coklat secara keseluruhan."
Source: Siti Munawirah Mustaffa | Tupai
No comments:
Post a Comment