Blogger Backgrounds

Saturday, February 15, 2014

Khasiat Daun Inai



Inai atau nama saintifiknya Lawsonia Inermis adalah sejenis pokok yang mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi terutamanya bahagian daunnya. Pokok inai yang mempunyai banyak ranting ini mendapat namanya daripada perkataan Arab 'Hina' yang bermaksud ubat. 

Daun inai mengandungi bahan pewarna glukosid dan asid henotanik. Asid henotanik pada daun inai menyebabkan kulit yang disapu inai akan berwarna merah. Ini disebabkan pewarna yang sememangnya terdapat dalam asid henotanik akan bergabung dengan kolagen pada sel kulit dan keratin pada kuku dan rambut. Minyak daripada biji inai mengandungi behenik, arasidik, sterik, palmitik, asid oleik dan linoleik. 

Pokok inai mempunyai nilai ubatan yang tinggi terutamanya pada daunnya. Selama berkurun kurun lamanya inai telah digunakan untuk tujuan perubatan. Salah satu kegunaan utama inai adalah sebagai agen penyejuk. 

Inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan luka dan kudis di sekeliling kuku. Caranya ialah dengan membersihkan daun terlebih dahulu, kemudian baru tumbuk daun tersebut sehingga hancur. Selepas itu sapukan ramuan daun tersebut pada tempat yang sakit. 

Selain itu inai juga boleh digunakan untuk menyembuhkan sakit perut. Caranya adalah dengan meminum air rebusan campuran daun inai segar dan inai kering yang dicincang. 

Daun inai yang telah dijadikan serbuk pula dikatakan mampu untuk menyembuhkan luka luka semasa berkhatan, bisul, penyakit penyakit kulit dan sengal sengal tulang. Daun inai juga dikatakan boleh merawat kebotakan. Caranya ialah dengan merebus minyak biji sawi bersama daun inai. Kemudian sapukan ramuan ini di kepala. 

Air daun inai baik sebagai bahan astringen yang boleh mengecutkan tisu-tisu organik dan dengan ini dapat mengurangkan atau mengawasi pendarahan yang berlebihan. 

Malah, penyakit-penyakit wanita seperti haid yang berlebihan dan keputihan dikatakan mampu dirawat dengan menggunakan daun inai. Jus yang terhasil daripada daun inai segar juga dikatakan boleh diminum kerana ia dikatakan mampu merawat Spermatorrhoea atau ejakulasi yang tidak dikawal. 

Bagi kulit pokok inai, ia dikatakan mampu merawat penyakit hati seperti jaundis atau lebih dikenali sebagai sakit kuning yang selalu dihadapi oleh bayi-bayi yang baru lahir dan hati yang membengkak. Kulit pokok ini juga dikatakan mampu untuk merawat penyakit cirit birit. Bunga pokok inai pula dipercayai boleh merawat masalah sakit kepala yang disebabkan cuaca panas. Caranya ialah adalah dengan meletakkan bunga inai yang telah dicampurkan dengan cuka pada sekeliling kepala.


http://my.entertainment.yahoo.com/photos/khasiat-daun-inai-yang-perlu-anda-tahu-photo-031351163.html

Pemakanan Mengikut Jenis Darah



Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'. Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda. Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit. 

Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca. 

Apa yang menentukan kuantiti? 

Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik. Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika. 

Kumpulan Makanan dan Jenis Darah

Jenis O dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh. 

Jenis A perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut. 

Jenis B perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang. 

Jenis AB harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan. 

Faedah Mengamalkan Pemakanan Mengikut Jenis Darah 

Dr. D'Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan untuk memakan lemak setiap hari, dan menghadkan gula dan alkohol.

http://my.entertainment.yahoo.com/news/pemakanan-mengikut-jenis-darah-030452008.html

Tuesday, February 4, 2014

Tips Merawat Ulser

Pernahkah anda merasa perit dan sakit di bahagian dalam pipi atau di bawah bibir? Apabila anda memeriksa dengan menggunakan cermin muka, anda akan melihat satu tompokan putih. Ibu akan menasihatkan supaya anda meletakkan secubit garam pada bahagian itu supaya ia cepat sembuh. 

Tompokan putih itu ialah sejenis kudis yang terdapat di dalam bahagian lembut mulut kita. Tompokan itu dinamakan ulser mulut. Selain bahagian pipi, lidah juga mudah mendapat ulser. Rasa sakitnya menyebabkan anda hilang selera untuk mengambil makanan atau minuman panas. Malahan sukar untuk bercakap. 

Ulser mulut sebenarnya merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus atau fungus. Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur. selain jangkitan bakteria atau fungus, ulser juga boleh disebabkan kerana kecedaraan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah, terkena dawai alat ortodontik dan sebagainya. 



Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips berguna untuk merawat ulser. 

Air dan garam

Air yang dicampur garam ternyata juga salah satu cara untuk mengatasi ulser. Kumur air garam selama dua atau tiga kali sehari untuk mengurangkan rasa sakit dan tidak selesa yang ditimbulkan oleh ulser. Air garam juga dipercaya dapat mengurangkan jangkitan pada mulut anda. 

Air kelapa

Kadang-kala ulser datang disebabkan oleh panas dalam tubuh yang berlebihan. Jadi, air kelapa dipercayai dapat memberikan kesan sejuk. Air kelapa untuk menstabilkan panas tubuh dan mengurangkan ulser. 

Air dan soda penaik

Air dan soda penaik yang telah dicampurkan diletakkan pada bahagian ulser. Perlahan-lahan kerana anda akan mengalami rasa pedih tetapi semakin pedih yang anda rasakan, semakin berkesan ubat ini bekerja. Bahan campuran air dan baking soda ini adalah cara cepat menyembuhkan ulser di bibir. 

Vitamin B

Seseorang yang kekurangan zat besi atau B12 akan lebih mudah untuk mengalami ulser. Jika anda kekurangan zat besi dan B12 maka ulser yang tumbuh munkin akan lebih parah. Suplemen vitamin B 12, suplemen B9, serta makanan yang banyak mengandungi zat besi boleh membantu mencegah dan menyembuhkan ulser. 

Vitamin C

Untuk mempercepatkan proses penyembuhan, selain mengambil suplemen vitamin B12 atau menambah pengambilan makanan yang mengandungi zat besi yang tinggi, vitamin C juga mempunyai peranan yang hampir sama dalam mengatasi ulser. Memperbanyakkan penggunaan vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan ulser. 

Gliserin

Anda boleh mendapatkan gliserin di farmasi atau pasar raya berdekatan dengan rumah anda. Gliserin boleh mengurangkan pengeluaran air liur yang membuatkan ulser semakin dijangkiti. Dengan itu, gliserin boleh membantu penyembuhan ulser anda.

sumber : http://my.entertainment.yahoo.com/news/tips-merawat-ulser-010710818.html

Khasiat Telur



Telur adalah salah satu makanan yang paling mudah untuk ditemui di mana-mana. Namun tahukah anda bahawa telur yang biasa anda makan setiap hari memiliki banyak manfaat dan kegunaan yang baik untuk tubuh badan, dan juga boleh dimanfaatkan untuk kecantikan. 

Ini kerana menurut pakar gizi, Amanda Ursell, memberi sarapan telur rebus kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah dapat membantu mereka memberi tenaga dan meningkatkan daya pemikiran mereka. 

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat telur yang harus anda tahu. 

Telur menghilangkan jerawat

Untuk menghilangkan jerawat mudah sahaja. Caranya gunakan putih telur dan sapukan di wajah anda, kemudian biarkan selama beberapa minit sebelum bilas. Ia bukan sahaja mampu menghilangkan jerawat, malah ia akan membuat kulit lebih lembut dan anjal. 

Baik untuk mata

Telur juga mempunyai khasiat yang bagus untuk mata. Ini kerana Karotenoid yang ada pada kuning telur, khususnya Karotenoid lutein danzeaxanthin, sangat bermanfaat bagi kesihatan mata. Menurut para penyelidik, Karotenoid dapat menurunkan risiko penyakit 'age-related degeneration' dan katarak. Zat ini berfungsi sebagai antioksidan untuk mata, melawan radikal bebas yang dapat meresap ke beberapa bahagian pada retina sehingga dapat mempengaruhi kemampuan mata untuk fokus. 

Menjaga berat badan agar tetap sihat

Telur adalah sumber terbaik dari protein lengkap yang mengandungi semua asid amino esensial bagi tubuh manusia. Telur dapat membantu mengawal tubuh menyerap kalori. Telur mempunyai kandungan gizi yang tinggi dan baik bagi anda yang ingin menurunkan berat badan. 

Telur baik untuk rambut dan kuku

Telur juga mampu menjaga kesihatan rambut dan kuku anda kerana telur mengandungi sulphur yang tinggi, dan mempunyai pelbagai vitamin serta mineral.

sumber: http://my.entertainment.yahoo.com/news/khasiat-telur-yang-perlu-anda-tahu-032948866.html