Blogger Backgrounds

Wednesday, June 29, 2011

JANGAN BERSEDIAH : Jadilah WANITA Yang Paling Bahagia


Tajuk : JANGAN BERSEDIAH - Jadilah WANITA Yang Paling Bahagia
Pengarang : Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Penterjemah : Muhammad Huzaifah
Penerbit : Al-Hidayah

Saya lihat ramai di kalangan rakan-rakan yang telah membaca buku ini dan ramai yang telah mengulas buku ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan.

Saya juga mengambil peluang ini untuk berkongsi maklumat daripada pembacaan dalam salah satu bab di buku ini.

YAQUT KEEMPAT : SEPULUH KAEDAH MERAIH KEBAHAGIAAN

ALLAH TIDAK MEMBEBANKAN PADA SESEORANG,
MELAINKAN DENGAN BATAS KESANGGUPANNYA

Bersabarlah, sesungguhnya Allah akan mengiringi kesusahan dengan kemudahan
Mudah-mudahan kesusahan itu akan lenyap dengan segera


Seorang pakar psikologi berbangsa Amerika (Dr. Dicks) mengatakan: " Kehidupan yang bahagia adalah seni keindahan yang memiliki sepuluh kaedah iaitu:

1. Melakukan pekerjaan yang anda sukai. Bila pekerjaan yang anda sukai itu sukar diperolehi, maka isikanlah hobi anda pada saat-saat waktu peluang.

2. Perhatikanlah kesihatan fizikal, kerana sesungguhnya kesihatan fizikal adalah jiwa kebahagiaan, iaitu dengan mengatur rutin makan dan minum tanpa berlebihan, membiasakan olahraga dan menjauhi kebiasaan buruk yang merugikan.

3. Harus memiliki tujuan hidup, kerana itu yang akan membuatnya bersemangat.

4. Menjalani kehidupan apa adanya dan menerimanya baik yang manis mahupun yang pahit, dengan hati yang lapang.

5. Hayati hidup yang sedang dijalani; jangan menyesali perkara yang sudah berlalu; dan jangan pula memusingkan hari esok yang belum tiba.

6. Hendaklah selalu berfikir dalam kerja dan mengambil keputusan. Jangan menyalahkan orang lain atas keputusan-keputusan anda dan atas sesuatu yang kadangkala menimpa anda.

7. Sentiasalah memandang orang yang di bawah anda.

8. Biasakanlah diri anda untuk murah dengan senyuman, berjiwa periang dan berteman dengan orang yang optimis.

9. Membantu orang lain dalam kebahagian agar mendapatkan harumnya kebahagiaan darinya.

10. Pergunakanlah berbagai kesempatan yang cerah lagi indah dan anggaplah itu sebagai terminal yang sangat penting untuk kebahagiaan.


Sebagai bekalan
Nikmatilah harimu dan bersungguh-sungguhlah carilah sesuatu yang dapat mencerahkan penderitaan sebelum penderitaan itu datang menyerangmu

Khas ditujukan kepada diri sendiri, saudari dan sahabat-sahabatku sekelian yang sedang bersedih, berduka-cita dan merasa tertekan, cuba baca buku ini dan hayati isi kandongannya supaya memberi sedikit motovasi menghilangkan kesedihan yang ada.

Selamat Membaca ... Jangan Bersedih Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia...

No comments: