Warna boleh menjadi membina ataupun boleh memusnahkan. Ia boleh meransang, memperbaiki atau menarik perhatian. Ia boleh menjadi lelaki atau wanita. Ia boleh menjadi negatif atau positif. Warna aura juga menyediakan kunci kepada personaliti, mood, kematangan dan kesihatan individu tertentu. Ia juga pantulan/biasan kepada aspek rohani dan jasmani. Aura boleh berubah - ubah mengikut emosi anda di waktu itu
Adalah satu tugas yang besar untuk kita mempraktikkan bagaimana untuk mentafsirkan warna-warna aura. Tiap-tiap warna tersebut mempunyai perwatakan tersendiri, tetapi perubahan warna aura akan mengubah perwatakan tersebut. Kedudukan warna, keamatan warna serta kedudukan warna pada medan aura perlu dipertimbangkan.
Warna aura yang berdekatan dengan tubuh manusia mempengaruhi keadaan fizikal individu tertentu. Ia juga menunjukkan manifestasi tenaga tersebut. Ia juga menunjukkan tenaga yang boleh diperolehi oleh seseorang individu tertentu.
Merah
Adalah warna bagi tenaga yang kuat, api dan kuasa kreatif utama. Merah juga tenaga yang menyokong kehidupan. Ia adalah panas. Ia menunjukkan keinginnan yang kuat, minda dan seterusnya. Ia juga satu warna dinamik yang mempengaruhi kemarahan, cinta, benci dan perubahan yang tidak terduga. Ia juga menandakan kelahiran baru dan mutasi.
Ia adalah warna yang memberi kesan kepada sistem edaran darah dalam badan kita, sistem peranakan (tenaga seksual) dan kebangkitan kebolehan dan bakat yang terpendam.Terlalu banyak merah atau kekeruhan yang amat merah boleh menyebabkan stimulasi yang melampau, kesakitan yang melampau atau ketidakseimbangan. Ia juga boleh menyebabkan kegugupan, panas baran, agresif, keketaran atau tindakan yang melampau.
Oren
Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi. Ia adalah penunjuk kepada keberanian, ceria dan peramah. Ia adalah warna yang boleh memberi kesan kepada pembukaan kepada kesedaran yang baru. Bergantung kepada warna, ia juga menunjukkan ketidakseimbangan emosi. Keamatan oren yang gelap juga boleh memberi kesan kepada maruah, kebimbangan dan juga harga diri.
Kuning
Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik. Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.
Hijau
Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan. Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.
Biru
Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia adalah warna yang memberi ketenangan dan kesepian. Ia penting dalam mempengaruhi kebenaran dan serius. Ia juga menunjukkan kebolehan dalam telepati. Biru muda menunjukkan daya imaginasi yang aktif dan intuisi yang baik. Gelapnya warna biru menunjukkan naluri yang agak kesepian. Makin keruh warna biru itu, ia memberi kesan kepada sikap selalu ingin cepat, bimbang, ketakutan, mudah lupa dan terlalu sensitive.
Ungu Violet
Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempengaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual. Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.
Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.
Warna aura yang lain:
Merah jambu
Warna merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan.
Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.
Emas
Warna emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan.
Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi
Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.
Putih
Putih selalu dijumpai dalam warna aura. Putih mempunyai semua warna di dalamnya. Ia menunjukkan kebenaran dan kesucian. Ia juga menunjukkan tenaga individu tertentu sedang dibersihkan dan menjadi hampir tulin. Ia juga menunjukkan kebangkitan daya kreativiti yang cukup tinggi.
Kelabu
Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.
Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.
Perang
Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.
Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tersebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempengaruhi kawasan masalah dalam fizikal.
Hitam
Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Saya mendapatinya adalah tidak benar.
Hitam adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia. Tiada apa yang salah tentang itu. Warna hitam juga menunjukkan pemahaman mengenai bebanan dan pengorbanan akan terjadi akhirnya.
Perak berkilauan
Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif. Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif.
Sumber: http://menjaro2u.blogspot.com
No comments:
Post a Comment