Blogger Backgrounds

Monday, April 2, 2012

TIPS MEMILIH PERFUME


Beberapa hari yang lalu, kita dah tahu membezakan jenis-jenis perfume. Kali ini saya ingin berkongsi tentang tip dan cara-cara memilih minyak wangi supaya ianya serasi dengan diri anda. Semestinya setiap orang mempunyai pewangi/perfume kegemaran, tetapi adakah pewangi tersebut kerana keserasian dengan anda, kerana baunya yang memikat atau sekadar anda hanya suka-suka menggemarinya?
Sebenarnya, kegemaran bukan semata-mata yang membuatkan sesuatu perfume itu membangkitkan personaliti anda. Perfume yang berpotensi seharusnya yang mampu menyerlahkan personaliti, keghairahan dan ciri-ciri diri anda. Ianya juga boleh dikira wangian yang mampu menenangkan dan membangkitkan semangat si pemakai.



Tip dalam memilih perfume:

1) CUBA
Anda mestilah mencuba terlebih dahulu bauan dari perfume tersebut dalam masa sehari sebelum  mengambil keputusan untuk membelinya. Kenapa? Wangian dari perfume biasanya berubah mengikut peredaran waktu. Baunya akan berbeza selepas disembur dan selepas 2-4 jam selepas itu.

2) JANGAN TIRU
Membeli perfume berdasarkan perfume yang digunakan oleh kawan anda adalah tidak digalakkan. Mungkin bauannya di badan kawan anda selesa dengan anda, tetapi tidak semestinya ianya serupa apabila dipakai oleh anda sendiri. Ini kerana kimia dalam badan tubuh setiap orang berbeza, dan ianya mempengaruhi wangian yang digunakan seseorang.

3) MINYAK
Wangian yang digunakan pada kulit berminyak akan tahan lebih lama berbanding digunakan pada kulit yang kering. Jadi orang yang berkulit kering perlu menyemburnya sebanyak 2 kali untuk ketahanan bau yang lebih lama.

4) DIET
Diet yang berubah secara dramatik juga akan mempengaruhi wangian yang digunakan dan ianya boleh berubah.

5) SERBUK KOPI
Apabila mencuba wangian di kaunter, hidu serbuk kopi yang disediakan untuk menghilangkan bau dari perfume sebelumnya, kerana kemungkinan ianya akan mempengaruhi wangian yang dicuba selepas itu.

6) HARGA
Belilah perfume dengan harga yang berpatutan dan tidak terlalu mahal.

7) MATAHARI
Jauhkan perfume dari sinaran matahari dan suhu yang panas, kerana ianya mampu mengubah bau yang terdapat pada perfume tersebut.


Okey! Semoga selepas ini anda dapat membuat pilihan tepat dalam pemilihan perfume yang sesuai untuk anda.
Ini adalah perfume pilihan saya berdasarkan kesesuaian baunya dan keselesaan yang saya rasakan semasa memakainya.






No comments: