Blogger Backgrounds

Saturday, June 2, 2012

POSISI TIDUR YANG BERKUALITI



Semua memerlukan tidur yang cukup dan berkualiti tetapi tidak senang untuk mendapat tidur yang berkualiti. Tidur sepatutnya adalah keadaan dimana tubuh berehat. Oleh itu, tidur pun mestilah melalui posisi yang betul. Posisi tidur yang terbaik adalah dalam keadaan mengiring ke kanan. Menurut kajian, posisi yang terbaik adalah seperti keadaan janin iaitu mengiring dan kaki sedikit membengkok.




Posisi ini dikatakan dapat mengurangkan tekanan pada tulang punggung, memudahkan pernafasan dan membebaskan organ-organ tubuh. Gunakan bantal yang sedikit keras di bawah kepala dan leher untuk mengurangkan tekanan di bahu. Masukkan bantal di antara kedua kaki untuk tumpuan badan tidak terlalu berpusat di pinggul dan menimbulkan sengal-sengal.


Jangan tidur posisi meniarap dan mengiring ke kiri!

Tidur dengan posisi meniarap akan menyebabkan jantung,paru - paru dan perut tertekan. begitu juga apabila anda tidur dengan posisi mengiring ke kiri dimana akan memberi tekanan pada jantung. ini akan menyebabkan gangguan aliran darah kew tubuh dan paling penting aliran darah ke otak akan terganggu. Gangguan ini menyebabkan pengaliran darah beroksigen kew otak sedikit terganggu dan akan mengalami mimpi-mimpi sedih memilukan, mimpi buruk/seram (nightmares), bahkan berjalan dalam keadaan tidur (somnabulisme).


Tidur Telentang

Tidur telentang adalah sebaiknya dielakkan. ini kerana tidur dengan posisi ini akan memberi bebanan kepada tulang belakang pada jangka masa yang lama. Tidur seharusnya dimana keadaan tubuh berehat sepenuhnya. Bagi yang memilih untuk tidur telentang, meletakkan bantal di bawah lutut dan menggunakan bantal yang sesuai amatlah diperlukan untuk memastikan keadaan tulang belakang yang tidak terbeban. Cara ini juga dapat mengurangkan tekanan pada punggung dan membantu otot perut berehat.


Posisi tidur yang terbaik adalah dengan posisi mengiring ke kanan.
* Tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Sumber : http://faez-fiza.blogspot.com

No comments: