Kali ni rasanya nak berkongsi ilmu bahasa ibunda/bahasa kebangsaan kita. Hari-hari kita bercakap menggunakan bahasa ibunda kita...
kebelakangan ni agensi kerajaan diminta memartabatkan bahasa kebangsaan kita dalam penyediaan laporan/surat-menyurat dan sebagainya dalam bahasa kebangsaan. Kadang-kala tanpa kita sedar, banyak kesalahan dalam penggunaan perkataan atau ayat dalam bahasa kebangsaan kita. Mungkin apa yang tersenarai di bawah ini boleh dijadikan panduan.
1. Kesalahan dari Segi Kata
Kata Ganti Diri
1. Kata beliau, dia, ia, kami, kita,
dan mereka sering digunakan dengan salah.
2. Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
- Firdaus
dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
- Anjing
itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3. Kata dia dan ia tidak
boleh digunakan untuk binatang dan benda.
- Baju
ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
- Baju
ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
- Beruang
ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
- Beruang
ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4. Kata kami bererti “ saya dengan
dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda
dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap
disertakan.
- “Kami
mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (salah)
- “Kita
mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (betul)
- “Kita
akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (salah)
- “Kami
akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (betul)
5. Kata mereka tidak boleh
digunakan untuk benda dan binatang.
- Ayam-ayam
itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
- Ayam-ayam
itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
- Buku-buku
ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
- Buku-buku
ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6. Kata mereka tidak boleh diulang.
- Mereka-mereka yang
ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
- Mereka yang
ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7. Kata ganti ia dan nya
tidak boleh digabungkan.
- Kalau
tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
- Kalau
tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
- Kucing
itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
- Kucing
itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan
1. Terdapat 6 jenis kata bilangan:
- Kata
bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
- Kata
bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah,
dan sebagainya.
- Kata
bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
- Kata
bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
- Kata
bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan
sebagainya.
- Kata
bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2. Kata bilangan seperti
setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh
disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai
betul
a. setengah-setengah orang
b. tiap-tiap murid
c. berbagai-bagai warna
d. kedua-dua mempelai
3. Kata para tidak boleh diulang.
- Para-para
penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
- Para penduduk
perlu bekerjasama. ( betul )
4. Kata bilangan tentu seperti satu,
dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan
pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
- dua
setengah meter ( salah )
- dua
suku jam ( salah )
- tiga
setengah ringgit ( salah )
- dua meter setengah
( betul )
- dua jam suku
( betul )
- tiga
ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan
1. Penjodoh bilangan biasanya digunakan
dengan kata bilangan.
2. Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.
SALAH
|
BETUL
|
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
|
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai tegura
|
3. Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan
untuk menghitung kata nama abstrak.
SALAH
|
BETUL
|
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
|
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran
|
Kata Sendi
1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada;
di dan pada;
ke dan kepada.
2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan
untuk orang,
perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan
untuk menunjukkan keanggotaan.
SALAH
|
BETUL
|
Devi datang daripada Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.
Ely terima surat dari Elyas
Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku
yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.
Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
|
Devi datang dari Batu Kurau.
Saya menunggu Yatie dari pukul dua.
Ely menerima surat daripada Elyas.
Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada
buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.
Daripada 5 ekor anak
ayam, hanya seekor yang hidup.
|
3. Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada
digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan
benda konkrit tertentu.
Contoh:
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
~ Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
b. Ayu berkebun pada belakang rumah. (
salah )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
~ Ayu berkebun di belakang rumah ( betul )
c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu
dibereskan. ( salah )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
~ Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
~ Buku itu ada pada Suzie. ( betul )
4. Kata ke
digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa.
Kata kepada pula digunakan untuk benda
bernyawa.
Contoh:
a. Wang itu diberikan ke Rahmah. (
salah )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
- Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
b. Ibu pergi kepada pasar setiap
hari. ( salah )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
- Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada
semasa. ( salah )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
- Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )
Kata Kerja
1. Ada dua jenis kata kerja:
a. kata kerja transitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
b. kata kerja intransitif atau tak taransitif
2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
- kata
kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
- kata
kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
- kata
kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
- kata
kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
- kata
kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
- Kata
kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon)
mesti berawalan men-
a. buang sampah ( salah )
membuang sampah ( betul )
membuang sampah ( betul )
b. goring ikan ( salah )
menggoreng ikan ( betul )
menggoreng ikan ( betul )
4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai
maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan segelas air untuk
Ishak.
Baginda mengurniakan beliau bintang
kebesaran.
Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan
penjara.
Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik
Taiping.
Yatie menasihatkan saya agar rajin
belajar.
|
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.
Hanim mengambilkan Ishak segelas air.
Baginda mengurniai beliau bintang
kebesaran.
Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.
Sampah sarap mengotori Taman Tasik
Taiping.
Yatie menasihati saya agar rajin belajar.
|
5. Kata kerja intarnsitif terbahagi
kepada:
- Kata
kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
- Kata
kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
- Kata
kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
- Kata
kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
- Kata
kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
- Kata
kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6. Kata kerja intransitif yang berawalan
ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
- tanya kepada Hamidah (
salah )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
bertanya kepada Hamidah ( betul )
- jangan lompat ( salah )
jangan melompat ( betul )
jangan melompat ( betul )
- senyum kepada Kartina (
salah )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
tersenyum kepada Kartina ( betul )
Kata Hubung
1. Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
- Kata
hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta,
dan tetapi.
- Kata
hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga,
jika, dsb.
- Kata
hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan
saja….tetapi juga dan sebaginya.
2. Kata hubung sering digunakan salah
sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut.
Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula
banyak orang yang tidak peduli.
3. Kata hubung apabila selalu
ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata
tanya.
Contoh:
· Midah termenung bila menerima
berita itu. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
· Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
· Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
· Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
· Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )
Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat
1. adakah dan apakah: Adakah
digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.
Apakah digunakan untuk mendapat jawapan
tentang nama binatang, benda dan perbuatan.
SALAH
|
BETUL
|
Apakah benar kata-katamu
itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
|
Adakah benar
kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?
|
2. boleh dan dapat : Boleh lebih tepat
digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
Dapat lebih sesuai digunakan dalam
hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.
SALAH
|
BETUL
|
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
|
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.
|
3. bukan dan tidak: Bukan digunakan
apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi
predikat.
SALAH
|
BETUL
|
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
|
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.
|
4. pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang
jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.
SALAH
|
BETUL
|
Kawasan pendalaman itu akan
dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar
dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air
Hitam akan dijalankan.
|
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar
dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam
akan dijalankan.
|
Kesalahan Dari Segi Frasa
Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)
1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
· pengulanagn kata nama
seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
· Penggunaan kata bilangan
seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
· Pengulangan kata adjektif
seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
· Penggunaan kata yang
mendukung makna jamak seperti rakyat.
2. Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata
nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
· dua biji telur
· semua murid
· para pendidik
· pelbagai acara
· segala haiwan
· sekalian penduduk
· seluruh kawasan
3. Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna
jamak, maka kata nama tidak perlu diulang.
Contoh:
·
Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·
Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·
Ayam di situ gemuk-gemuk.
·
Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·
Gadis di sini cantik-cantik.
·
Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·
Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·
Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.
4. Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata
untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
· D beerti unsur yang diterangkan
· M beerti unsur yang menerangkan
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
|
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini
|
5. Frasa Adjektif
· Frasa
adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif
sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
· Frasa
adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat,
sangat, dan paling.
· Kata
adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi
tidak boleh bertugas sebagai predikat.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
|
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat
|
·
Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata
penguat tidak diperlukan.
Contoh: Nani
mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
Noralah pemain yang paling
terhandal. ( salah )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. (
salah )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )
· Kata
penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata
adjektif sekali gus.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di
situ.
|
Buah langsat ini manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal.
Sungguh indah pemandangan di
situ.
|
·
Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu
diperluas.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Budak itu tidak suka durian.
Nora sangat takut anjing.
Nani sangat gemar filem Hindustan.
Mereka tidak perlu pertolongan kami.
Saya benci sikapnya itu.
|
Budak itu tidak suka akan durian.
Nora sangat takut akan anjing.
Nani sangat gemar akan filem Hindustan.
Mereka tidak perlu akan pertolongan kami.
Saya benci akan sikapnya itu.
|
6. Frasa Kerja Intransitif
· Frasa
kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa
objek.
· Frasa
kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai
kata kerja intransitif sebagai kata utamanya.
· Kata
kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama
untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.
SALAH
|
BETUL
|
berlandaskan pada undang-undang
berbantalkan dengan lengan
berpandukan pada kamus
beratapkan dengan langit
bertilamkan dengan rumput
|
berlandaskan undang-undang
berbantalkan lengan
berpandukan kamus
beratapkan langit
bertilamkan rumput
|
- Frasa
kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja
intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Kamu mesti ingat janji-janjimu
Kakak tidak mahu tidur sini.
Beliau akan datang kampung ini.
Nani ingin berjumpa cikgu.
Saya ingin bertemu gadis itu.
Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian
bas Pudu Raya.
|
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.
Kakak tidak mahu tidur di sini.
Beliau akan datang ke kampung ini.
Nani ingin berjumpa dengan cikgu.
Saya ingin bertemu dengan gadis itu.
Kami ternampak akan Cikgu Nora di
perhentian bas Pudu Raya.
|
Frasa Kerja Transitif
- Frasa
kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja
transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata
kerja transitif itu.
- Di
antara kata kerja transitif dengan frasa nama sebagai objek
itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
|
BETUL
|
Beliau turut menyentuh
tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui
akan hal itu.
Kami membincangkan
tentang masalah itu.
Mereka melebarkan
lagi jalan i
Nani menceritakan
tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan
tentang perjuangan menentang penjajah.
|
Beliau
turut menyentuh perkara itu.
Nora tidak mengetahui hal
itu.
Kami membincangkan
masalah itu.
Mereka melebarkan
jalan itu lagi.
Nani menceritakan
pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan
perjuangan menentang penjajah.
|
Frasa Kerja Pasif
1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat
dalam ayat pasif.
2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·
frasa kerja pasif diri pertama
·
frasa kerja pasif diri kedua
·
frasa kerja pasif diri ketiga
3. Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa
yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi
didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan
sebagainya.
4. Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang
terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului
oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.
5. Frasa
kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang
berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh +
frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.
6. Bentuk
frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja
pasif diri ketiga.
SALAH
|
BETUL
|
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
|
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru
|
7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan
dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.
SALAH
|
BETUL
|
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
|
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan
|
8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan
dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri
kedua.
SALAH
|
BETUL
|
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
|
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya
|
8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri
pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.
SALAH
|
BETUL
|
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti siapkan
kalian harus bereskan
|
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan
|
KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT
1. Ayat Gabungan
· Ayat gabungan terbentuk
daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata
hubung.
Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
· Kesalahan dalam pembentukan
ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan
tidak digabungkan dengan betul.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau
Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di
Relang atau Jelai.
Baik yang kaya atau miskin datang
ke rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.
Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya
tak mampu.
|
Mereka akan melancong ke Pulau
Tioman atau ke
Pulau Langkawi?
Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di
Relang atau di Jelai.
Baik yang kaya atau yang miskin datang ke
rumahnya.
Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.
Jangankan membeli kereta, membeli motosikal
pun saya tak mampu.
|
2. Ayat Pancangan
· Ayat pancangan ialah ayat
yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan
pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i. Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
· Kesalahan dalam pembentukan
ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut
salah strukturnya.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Rumah itu di atas bukit tidak ada
penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.
|
Rumah di atas bukit itu tidak ada
penghuninya.
Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.
|
· Kesalahan dalam pembentukan
ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang
menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama.
Contoh:
SALAH
|
BETUL
|
Kami berdoa kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.
|
Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu bahawa dia anak Pak
Hamid.
|
3. Ayat tergantung
· Ayat
mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
· Dalam
susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat
di belakang.
Contoh:
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.
· Dalam
susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat
di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
Itulah / teman saya.
· Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat
tergantung “
· Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata
hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan
sebagainya.
SALAH
|
BETUL
|
Di
seluruh negara mengalami banjir.
|
Seluruh
negara mengalami banjir.
|
Kerana
hal itu akan dibincangkan.
|
Hal itu akan dibincangkan.
|
Dengan
kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
|
Kehadiran
tuan akan menyerikan majlis ini.
|
Banyak
pelajar lulus dengan baik.
|
Banyak pelajar yang lulus
dengan baik.
|
Ada
pihak membangkang cadangan itu.
|
Ada
pihak yang membangkang cadangan itu.
|
Dia
yang datang kelmarin
|
Dia datang kelmarin.
|
Mengetahui
hal itu saya membatalkan rancangan
|
Setelah
mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
|
Kesan
kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat
|
Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
|
Turut
menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
|
Yang
turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
|
Apakah
perlu kita lakukan sekarang?
|
Apakah yang perlu kita lakukan
sekarang?
|
Siapa
kata saya berbohong?
|
Siapakah
yang mengatakan bahawa saya berbohong?
|
Peserta-peserta
yang lulus saja akan dipilih.
|
Peserta-pesert ayng lulus saja
yang akan dipilih.
|
Daripada
bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
|
Bukti-bukti
ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
|
Mengikut
beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu tumpas.
|
Beliau mengatakan bahawa
perompak senjata api itu sudah tumpas.
|
Yang manakah betul?
|
Yang manakah yang betul?
|
4. Ayat yang Tidak Betul Susunannya
· Kata-kata sahaja belum
beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
· Apabila kata-kata tidak
betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.
Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.
No comments:
Post a Comment