Lama dah rasanya tak berkongsi mengenai petua orang-orang tua...
Masa zaman kanak-kanak dulu, tak sah kalau tak berparut sana sini....Al-maklum tinggal kat kampung, jadi permainan kami memang jenis yang ganas-ganas la....tak macam budak-budak zaman sekarang asyik dengan ipad, ps3, note dan yang sewaktu dengannya... Balik kepada tajuk di atas, bila kami luka dan meninggalkan parut, arwah nenek selalu bersusah payah nak menghilangkan parut di badan kami....
1. Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.
2. Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.
3. Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
6. Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
2 comments:
kalau yang ubat gigi tu tak kisah ea jnis apa pun? waktu bila elok sapu?
Yup apa2 jenis ubat gigi pun boleh, masa pun tak kisah bila2 ok
Post a Comment