Blogger Backgrounds
Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Petua Mudah Merawat Tumit Pecah


Kecantikan tidak hanya dipandang pada bahagian atas sehingga boleh melupakan bahagian bawah seperti kaki. Kaki juga merupakan tumpuan utama seseorang. Tumit merekah merupakan masalag yang sentiasa di hadapi oleh kaum wanita. Kadang kala ia berpunca pada kasut yang kita pakai. 

Mungkin pada mulanya, tumit pecah tidak menyakitkan. Namun jika dibiarkan begitu lama tanpa di rawat ia mungkin berdarah. Perkara ini bukan sahaja ditumpukan pada golongan wanita yang berusia sahaja, malah golongan muda juga tidak terkecuali. 

Punca-punca yang menyebabkan tumit kaki pecah juga perlu di beri perhatian supaya anda mampu mengelakkan ia daripada terjadi lagi. Antara puncanya termasuk; 

Kulit kering akibat kandungan air tidak mencukupi 
Berat badan yang berlebihan 
Pemakaian kasut yang tidak sesuai atau kerap 
Alahan pada jenis sabun 
Alahan pada simen lantai 
Mengabaikan penjagaan kaki 




Di bawah terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk merawat masalah ini. 

Petua 1 
Masukkan beberapa keping asam keping dalam baldi yang berisi air suam. Rendamkan kaki dalam masa setengah jam. Lakukan sekerap yang boleh sehingga tumit kaki anda kembali pulih. 

Petua 2 
Sapukan losyen setiap malam sebelum tidur. Lakukannya setiap hari. Pastikan anda memilih losyen yang bertindak untuk membaiki kulit (skin repair). 

Petua 3 
Ambil sebiji betik muda yang berwarna sedikit kekuningan. Potong di bahagian kepalanya dan sapukan getah betik di tumit kaki yang merekah. Jangan risau, kerana getah betik tidak gatal. Lakukan sekerap yang mungkin sehingga anda nampak hasilnya. 

Petua 4 
Selain betik, anda boleh menggunakan belimbing buluh juga. Dengan cara menggosok tumit kaki pada buah itu. Waktu terbaik untuk anda mengamalkan petua ini adalah selepas anda pulang dari kerja. 

Petua 5 
Rendamkan kaki anda dengan air suam, kemudia ambil bawang putih dan gosok pada bahagian tumit yang merekah sehingga tumit halus seperti dahulu. 

Petua 6 
Kita tidak tahu jika kita mempunyai alahan pada simen rumah. Jika anda seorang surirumah, pastikan memakai selipar walaupun ketika didalm rumah. Pastikan selipar anda itu selamat di gunakan di atas permukaan lantai. 

Petua 7 
Ketika anda mandi, sapukan ubat gigi pada bahagian tumit kaki dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Lakukannya setiap kali anda mandi dan lihat hasilnya. 

Selamat mencuba!

Tuesday, February 12, 2013

Petua Menghilangkan Parut


Lama dah rasanya tak berkongsi mengenai petua orang-orang tua...
Masa zaman kanak-kanak dulu, tak sah kalau tak berparut sana sini....Al-maklum tinggal kat kampung, jadi permainan kami memang jenis yang ganas-ganas la....tak macam budak-budak zaman sekarang asyik dengan ipad, ps3, note dan yang sewaktu dengannya... Balik kepada tajuk di atas, bila kami luka dan meninggalkan parut, arwah nenek selalu bersusah payah nak menghilangkan parut di badan kami....


Di antara petua yang digunakan untuk menghilangkan parut adalah seperti berikut:

1. Ambil biji asam jawa. Goring tanpa minyak lebih kurang 5 minit. Kemudian ambil dan goreskan pada batu atau permukaan yang kasar. Bila keluar serbuknya, titiskan air dan gosok pada parut. Insyaallah jika di amalkan ia akan dapat menghilangkan parut tersebut.






 2. Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.






 3.  Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.
  4.  Amalkan gosok setiap hari dengan kulit pisang lemak manis atau kulit pisang kapas.






 5.  Sapukan dengan sebarang ubat gigi setiap hari.










 6.  Ambil sedikit beras, kunyit hidup dan sedikit bawang putih. Kisar bahan-bahan ini sehingga halus. Kemudian, campurkan dengan sedikit air dan ratakan ke muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian gosokkan perlahan-lahan sama seperti memakai skrub. Setelah itu bilaskan dengan air suam. Lakukan setiap hari dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.
  7.  Kisar timun dan sebiji tomato. Tapiskan airnya dan minum untuk menyejukkan badan. Ambil hampas timun dan tomato tadi, gossokkan di bahagian muka, tangan dan kaki. Amalkan seminggu sekali.








OK KAWAN-KAWAN, SELAMAT MENCUBA



Tuesday, October 4, 2011

Himpunan Petua Hilangkan BATUK



Sejak pulang dari Sandakan ni, saya diserang batuk yang tidak berkahak. Tekak terasa perit dan kerongkong terasa sangat gatal...rase macam nak digaru-garu aje....Ia juga menyebabkan dada dan perut jadi sakit...Perut rasa senak dan macam kembung aje....Batuk yang berpanjangan juga menyebabkan rasa macam nak terkucil aje...waktu begini kena berhati-hati terutama waktu nak mengerjakan suruhanNya..

Bila minum ubat batuk, mata pulak rasa bagai digam-gam, ngantuknya. Tak boleh jadi ni....Kerja dah lah banyak... Saya rasa nak cuba petua menghilangkan batuk cara tradisional la pulak...mana tau serasi dan mujarab...So saya browse internet cari petua mengurang/menghilangkan BATUK....Insyallah, dengan izin Allah mungkin salah satu petua ni akan mujarab untuk saya...

Antara petua yang telah saya kumpul adalah seperti berikut:-

► Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.

► Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

► Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

► Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

► Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

► Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.
► Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

► Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

► Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

► Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

► Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

► Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

► Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

► Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

► Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.





Silalah cuba ikut kemudahan dan keserasian anda...mana tahu insyallah berkesan dan mujarab...SELAMAT MENCUBA

Daripada pelbagai sumber

Tuesday, May 31, 2011

Petua: Untuk langsing dan sihat tanpa perut buncit


1. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.
Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

4. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu.

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
i. Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
ii. Tumbuk kesemua sehingga lumat.
iii. Perahkan air Limau Nipis.
Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

8. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.



Source : PPIM

Saturday, May 28, 2011

Petua Penjagaan Diri

Cara Memutihkan Ketiak dan Leher Yang Hitam

Masalah ketiak hitam sering menghantui kebanyakan kita kerana masih tak tau petua memutihkan ketiak. Salah satu cara termudah tentulah dengan memakai deodorant pemutih ketiak, kan?

Cara Pertama:

Tapi bagi anda yang nak putihkan ketiak dengan cara tradisional, boleh ikuti petua di bawah;

1. Apa yang anda perlukan adalah sedikit kapur sireh dan sebiji limau nipis.

2. Campurkan kapur dengan perahan limau nipis hingga sebati dalam satu bekas atau piring.

3. Lepas tu, sapukan campuran tadi kat kawasan ketiak anda. Biarkannya lebih kurang dalam 15 minit.

4. Lakukannya selepas mandi tau.

5. Sebaik-baiknya, anda amalkan selama 1 minggu yer.

Jika anda serasi dengan cara ni, hasilnya ketiak anda bukan saja bertambah cerah malah tidak berbau lagi.


Cara Kedua:

Berikut merupakan satu lagi alternatif yang boleh dicuba. Cara ini lebih ringkas, lebih kurang macam yang di atas juga

Bahan-bahan yang diperlukan pun bukannya banyak. Hanya timun dan perahan lemon yang secukupnya aje.

Apa yang patut anda buat adalah;


1. Parut sedikit timun hingga halus dan letakkan dalam piring.

2. Kemudian, perahkan sedikit jus lemon ke atas timun tadi.

3. Gaulkannya hingga sebati.

4. Sapukan ia pada kedua-dua belah ketiak anda.

5. Biarkan lebih kurang dalam 15 minit dan cuci.




Petua Menghilangkan Bulu Ketiak

Masalah ketiak berbulu mungkin lebih merisaukan kaum wanita berbanding lelaki. Rasa malu dan kurang selesa pastinya menghantui anda, kan? Lebih-lebih lagi kalau hal ini sering menjadi usikan atau bahan mainan rakan-rakan lain.

Justeru itu, di sini ada satu petua untuk menghilangkan bulu ketiak. Bahan-bahan utama yang anda perlukan adalah;

- 10 biji lada sulah

- 3 butir kapur barus

- 1 sudu minyak tanah

Seterusnya, bagi menghilangkan bulu ketiak anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Tumbuk semua lada sulah dan kapur barus sehingga halus.

2. Campurkan sesudu minyak tanah kepada campuran di atas dan gaul hingga rata.

3. Kemudian, sapulah minyak tersebut pada ketiak anda sebelum tidur.


Selamat Mencuba!

Petua : 5 Cara Mudah Melembutkan Daging

Selalunya bila anda menikmati juadah yang berasaskan daging seperti rendang dan kari, tentu lebih berselera jika daging tersebut lembut dan empuk. Nikmatnya memang tak terhingga, kan?




Justeru itu, kalau anda bercadang nak masak lauk-pauk yang berasaskan daging seperti daging black pepper, kari ataupun rendang daging, berikut ada 5 cara melembutkan daging yang boleh anda cuba;


Cara Pertama:

1. Anda sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkannya dahulu.


2. Kemudian, masukkan saja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama dengan daging yang ingin direbus.


Cara Kedua:

1. Anda ambil daun pisang abu dan lapkannya dulu sampai bersih.

2. Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi.

3. Lepas tu, masukkan saja ke dalam kuali atau periuk bersama-sama dengan daging yang ingin dimasak.


Cara Ketiga:

1. Anda perlukan setengah atau sebiji pinang tua.


2. Kupaskan dan bersihkan pinang tua tadi.

3. Setelah itu, masukkannya ke dalam periuk (kuali) untuk dimasak sekali dengan daging.


Cara Keempat:

1. Cara ini pula khas untuk anda yang nak buat sate daging.

2. Memula, hiriskan dahulu daging tersebut.

3. Seterusnya, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya.

4. Kemudian, bungkuskan daging dengan daun betik.


5. Biarkannya selama 1 jam.

6. Setelah itu, barulah anda bakar sate daging tadi dan hasilnya daging itu lebih wangi dan empuk.


Cara Kelima:

1. Anda perlukan sebatang tebu. Anda boleh gunakan sebarang jenis tebu yer.

2. Buangkan dulu kulit tebu dan bersihkannya.

3. Kemudian, anda potongkan tebu tadi secara memanjang seruas-seruas.

4. Kalau daging tu nak dibuat rendang, masukkan saja isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk penyediaan rendang. Kemudian, masaklah sehingga rendang daging tu empuk.

5. Andainya anda nak buat sup daging pula, rebuslah isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk mereneh sup. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan kelazatan sup.


Sekarang anda dah tahu 5 petua untuk melembutkan daging, kan? Lepas ini bolehlah anda cuba mana-mana cara di atas. Mudah-mudahan masakan daging anda lebih enak nanti. :)

source : http://petuasejagat.blogspot.com