Blogger Backgrounds

Thursday, December 6, 2012

7 SHOCKING FACTS

Info Pengguna

Even after analysing food packets, checking out ingredients and swatting up on calorie counts, there are certain things you may not know about your food. Here are seven food facts that may surprise you.

1. World chocolate supplies are set to run out

It is one of the most popular treats worldwide, so it may come as bad news to many that world chocolate supplies may soon run out. Due to political unrest and dangers to farmers in the Ivory Coast (where a large proportion of the world’s cocoa beans are grown), many fair trade cocoa farmers and trainers have fled the country and chocolate production has hit a low. It has been predicted that supplies of sustainable chocolate are set to run out, and a chocolate drought has been predicted for 2014.

2. One of the world’s most expensive foods is made from saliva

From caviar (fish eggs) to truffles (an edible fungus), it seems that many of the world’s most expensive foods are made of dubious substances, and bird’s nest soup is no exception. The soup, which is an expensive Chinese delicacy, is made from a particular kind of nest that is created by bird saliva. While many of us would be reluctant to shell out for saliva, the bird nests that form this soup are one of the most expensive animal food products around.

3. Your food can legally contain bugs and hairs

Most of us wouldn’t class insects as a component of our diets; however, you may be eating more of them than you think and, worryingly, these may not be the only unpleasant addition to your diet. In the US, the FDA allows for “natural defects” by permitting a certain amount of bugs and rodent hair to be present in food products. For example, chocolate products may contain an average of 60 insect fragments and one rodent hair per 100g, while citrus fruit juice can contain one maggot per 250ml.

4. Fruit and vegetables have become less nutritious

Although fruit and vegetables are one of the best sources of antioxidants, vitamins and minerals, research findings published in the journal HortScience suggest that they have actually become less nutritious than they were 50 years ago, due to new agricultural methods which have stripped nutrients from soil. In fact, according to one study, it would take eight oranges to get the same levels of vitamin A as it would in one orange a few generations ago. To make sure you get enough vitamins, try to buy organic produce where possible and eat more fruit and vege.

5. ‘Pre-washed’ salads may be contaminated with bacteria

Many of us opt for pre-washed salads when purchasing our greens. However, a Consumer Reports study has found that pre-washed salads may not be as clean as they seem. The study, which tested just over 200 samples of different pre-washed salads, found that 39 per cent of those tested contained bacteria called coliform, which is normally used to indicate contamination of food products. While this doesn’t mean you should ditch the greens, you should be careful to wash salads thoroughly at home, even if they are advertised as already washed.

6. Chewing coffee beans can freshen your breath

Coffee may not be the first thing you reach for when looking to freshen your breath, however if you have been eating onions and garlic then it may be just what you need. If you haven’t got a toothbrush to hand, then chewing on roasted coffee beans can help extinguish onion or garlic breath. Other good breath fresheners include parsley or mint leaves.

7. Chocolate is as healthy as fruit

Perhaps this good news comes too late if drought predictions are to be believed, but research has suggested that chocolate can be just as healthy as fruit. When tested and compared to juices from ‘superfruits’ such as blueberries and pomegranate, dark chocolate was found to be higher in antioxidants, which are essential for fighting disease and preventing wrinkles. For a healthy treat, it is best to go for a pure dark chocolate as milk, sugar and too much processing can reduce these health benefits.

http://www.ppim.org.my/portal/index.php

Friday, November 30, 2012

Kenal Pasti Tahi Lalat Yang Boleh Jadi Kanser



Tahi lalat boleh membuatkan wajah seseorang tampak lebih manis, malah ia dapat menjadi  ciri khas yang membolehkan kita mengenali atau mengingati seseorang. Misalnya, ikon antarabangsa Marilyn Monroe yang memiliki ciri khas tahi lalat pada pipinya.

Tahi lalat yang tidak membahayakan, tidak perlu dibuang. Namun lain halnya apabila tahi lalat menampakkan ciri-ciri yang luar biasa, seperti yang pernah dialami Yekti P, 38 tahun, seorang petugas syarikat swasta di Cikarang, Jawa Barat. Dia telah menjalani pembedahan kecil membuang tahi lalat yang terletak berhampiran hidungnya. Menurut Yekti, "Sebelum ini tahi lalat saya ini besar, hitam, dan terasa gatal. Kadang-kadang terasa sakit." 

Setelah ke hospital, doktor yang ditemui oleh Yekti menyarankan supaya tahi lalat itu dibuang. "Semasa tahi lalat dibuang, saya tidak berasa sakit. Cuma semasa dibius di sekitar kulit, saya berasa sakit sedikit, "jelas Yekti yang kini kehilangan ciri khas pada wajahnya iaitu tahi lalat dekat hidung.



Apa sebenarnya tahi lalat dan benarkah ia berpotensi menjadi kanser? Pakar dermatologi dan kecantikan kulit, Dr. Edwin Juand menjelaskan yang tahi lalat terjadi kerana pigmen muncul pada satu titik.  Tambah beliau, secara perubatan ada beberapa ciri yang menunjukkan bahawa tahi lalat itu berbahaya termasuklah saiznya yang besar, hitam, bahagian tepinya tidak rata, pigmentasinya juga tidak rata sehingga kadang kala berwarna coklat, putih dan hitam. Ciri lain ialah tahi lalat berubah atau cepat membesar dan berasa gatal.



"Jika keadaan itu berlaku, tahi lalat mesti dibuang," tegas Dr. Edwin yang kini berkhidmat di Jakarta Skin Centre Radio Dalam, Jakarta Selatan. 

Pembuangan tahi lalat dilakukan mengikut hasil diagnosis iaitu sama ada ia sejenis kanser atau pun bukan.  Tahi lalat boleh dibuang sebahagian sahaja atau keseluruhannya. Namun jika tahi lalat itu masih kecil, sebaik-baiknya ia dibuang terus. "Secara umumnya, pakar kulit dapat mengenal pasti yang mana tahi lalat berbahaya dan yang mana tidak.  Ia dapat dilakukan dengan mata kasar atau pun menggunakan alat pembesar,” jelas beliau lagi.

Seterusnya, sampel kulit diambil dan diperiksa di bawah mikroskop.  Keputusannya akan dapat diketahui dalam masa satu hingga dua hari. Jika keadaan mendesak seperti kanser payudara, pembedahan akan dilakukan di hospital. 

Persoalannya, adakah semua tahi lalat akan menjadi kanser?  "Setiap tahi lalat berpotensi menjadi kanser. Namun ini tidak bermaksud 90 peratus daripadanya akan menjadi kanser.  Perhatikan ciri-ciri yang dinyatakan tadi.  Adakah sebarang perubahan berlaku pada tahi lalat, seperti saiznya semakin membesar atau berasa gatal," jelasnya. 

Menurut Dr. Edwin, kedudukan tahi lalat juga perlu diperhatikan. Jika tahi lalat berada di tapak kaki, ada kemungkinan ia akan menjadi berbahaya. Perkara ini boleh terjadi apabila geseran berterusan berlaku ketika berjalan. 


"Jika ada tahi lalat walaupun kecil pada tapak kaki, buang saja," ujar Dr. Edwin.  Menurut beliau lagi, tahi lalat pada wajah yang sering terdedah kepada sinar ultraungu juga perlu diberi perhatian. Seelok-eloknya, berjumpalah dengan doktor sekiranya mempunyai tahi lalat dengan ciri-ciri berkenaan.  Namun jelas Dr. Edwin, kes tahi lalat berbahaya lebih banyak terdapat dalam kalangan masyarakat Barat kerana pigmen mereka kurang.

Sumber: Marmi Panti Hidayah | Yahoo Newsroom – Wed, Nov 28, 2012 1:30 PM MYT

Tuesday, November 20, 2012

Kiwi Mampu Mencegah Penyakit Nyanyuk?



Walaupun mungkin ramai yang tidak menggemari buah kiwi kerana rasanya yang agak masam, namun tahniah kepada mereka yang sememangnya menggemari buah kiwi. 

Buah Kiwi bukan sahaja sedap (bagi mereka yang menggemari) malahan mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi khasnya kepada mereka yang menghidap penyakit Parkinson dan Alzheimer. 

Buah kiwi atau dalam bahasa saintifiknya ialah Actinidia Deliciosa merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan dapat membantu mendapatkan tubuh yang sihat. 

Vitamin C 
Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungimu dari terdedah kepada ancaman radikal penyakit , seperti barah dan sakit jantung. Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mencegah daripada penya kit Parkinson dan Alzheimer. 

Mata sihat 
Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat membantumu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang merosakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan kepada golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas. 

Penghadaman protein 
Buah kiwi dapat membantu dalam penghadaman protein tubuhmu. Kamu perlu tahu bahawa penghadaman protein yang tidak baik boleh menyebabkan pengeluaran toksin dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti pertambahan berat badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.


Saturday, November 17, 2012

Merebut Kelebihan Bulan Muharram





Salam Maal Hijrah 1434.... Tahun baru menjelma lagi nampaknya...memberi peluang kepada kita untuk terus menilai diri dan cuba menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya. Lama dah rasanya tak update blog ni....kesibukan melanda dihujung tahun...Di sini saya ingin berkongsi mengenai kelebihan bulan Muharram, bulan pertama dalam kalender umat Islam.

ALLAH SWT berfirman (maksudnya), “Sesungguhnya bilangan bulan di sisi ALLAH adalah 12 bulan sebagaimana ketetapan ALLAH ketika DIA menciptakan langit dan bumi. Di antaranya ada empat bulan haram. Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu.” (Surah at-Taubah, 9: 36)
Nabi SAW bersabda, “Waktu itu telah berputar sebagaimana biasa sejak ALLAH menciptakan langit dan bumi. Satu tahun ada 12 bulan, di antaranya empat bulan haram. tiga bulan berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam, dan satu lagi ialah Rejab yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Muharam ialah bulan yang mulia dan ia memiliki keutamaannya tersendiri. Nabi SAW menyatakan Muharam ialah bulan ALLAH, dan puasa yang paling afdal setelah Ramadan ialah puasa dalam Muharam.
Kata Nabi SAW, “Puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan ialah puasa di bulan ALLAH, al-Muharam. Solat yang paling afdal setelah solat yang difardukan adalah solat pada malam hari.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dalil-dalil ini semuanya menunjukkan kemuliaan di bulan haram, terutamanya Muharam. Selain itu, di dalamnya turut ditegaskan lagi akan larangan menganiaya diri. Ini menunjukkan perbuatan maksiat di bulan haram lebih diharamkan lagi berbanding bulan-bulan selainnya. Sebaliknya, amalan soleh pula akan diberikan ganjaran yang besar.

Hikmah bulan haram

Di antara hikmah dijadikan empat bulan haram di mana tiga bulan secara berturut-turut dan satu bulan lagi dengan menyendiri adalah bagi memberi ketenangan kepada umat Islam yang melaksanakan ibadah haji. Iaitu Zulkaedah merupakan satu bulan pertama sebelum bermulanya bulan haji. Seterusnya bulan Zulhijah di mana umat Islam disibukkan dengan ibadah haji dan melaksanakan manasiknya. Kemudian dijadikan bulan yang seterusnya juga sebagai bulan haram, iaitu Muharam supaya pada bulan tersebut mereka dapat kembali ke wilayah atau negara mereka masing-masing yang saling berjauhan secara aman.
Manakala Rejab yang berada di pertengahan tahun pula adalah supaya pada bulan tersebut umat Islam di sekitar Jazirah Arab dapat mengunjungi Kaabah dan melaksanakan umrah dengan aman. (Lihat: Tafsir Ibnu Katsir, 4/148)
Ini adalah kerana dalam bulan-bulan haram, umat Islam diharamkan untuk berperang melainkan sekiranya umat Islam lebih dahulu diserang atau diperangi. Pada ketika umat Islam lebih dahulu diserang, mereka dibolehkan untuk mempertahankan diri serta membuat serangan balas.

Amalan sunnah Muharam

Di antara amalan sunnah yang disebutkan secara khusus pada Muharam adalah berpuasa sunnah.
Sebagaimana disebutkan dalam hadis di atas, puasa yang paling afdal setelah puasa Ramadan adalah puasa Muharam. Maksud puasa dalam hadis tersebut adalah puasa sunnah secara umum. Memperbanyakkan amalan puasa sunnah dalam bulan ini (Muharam) terutamanya pada hari ke-10 Muharam adalah termasuk sunnah-sunnah yang sangat dianjurkan.

‘Abdullah B ‘Abbas r.a berkata, “Nabi tiba di Madinah dan beliau mendapati orang-orang Yahudi sedang berpuasa ‘Asyura (hari ke-10 Muharam).” Nabi bertanya, “Puasa apakah ini?”
Orang-orang menjawab, “Hari ini adalah hari yang baik, iaitu hari di mana ALLAH telah menyelamatkan bani Israel daripada kejahatan musuhnya, maka Musa pun berpuasa sebagai tanda syukur beliau kepada ALLAH dan kami pun turut serta berpuasa.

” Nabi SAW pun berkata, “Kami lebih berhak terhadap Musa daripada kamu semua.” Akhirnya Nabi pun berpuasa dan memerintahkan umat Islam untuk berpuasa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Sejarah penetapan puasa ‘Asyura mengalami beberapa fasa. Pada awalnya, ketika di Makkah Nabi berpuasa ‘Asyura tanpa memerintah orang lain untuk berpuasa. Kemudian apabila sampai di Madinah, beliau tetap terus berpuasa di hari Asyura dan memerintahkan umat Islam agar turut berpuasa.

Tetapi setelah perintah kewajiban berpuasa Ramadan turun, puasa pada hari Asyura menjadi sunnah dan tidak diwajibkan. Rasulullah mengatakan, “Sesiapa yang hendak berpuasa (pada hari Asyura), silakan berpuasa, bagi yang tidak berpuasa, juga tidak mengapa.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
Kemudian ketika di penghujung hayatnya, Rasulullah SAW bertekad untuk tidak hanya berpuasa pada hari Asyura (hari ke-10) Muharam, tetapi juga bertekad untuk puasa pada hari yang ke-9.
Ibnu ‘Abbas r.a berkata, “Ketika Nabi sedang berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabatnya untuk turut berpuasa, para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh Yahudi dan Nashara.”

Maka Rasulullah SAW berkata, “Jika begitu, tahun depan insya-ALLAH kita puasa sekali pada hari yang ke sembilannya.” Ibnu ‘Abbas berkata, “Tetapi belum sempat sampai tahun depan, beliau telah wafat terlebih dahulu.” (Hadis Riwayat Muslim)
Dari hadis ini, umat Islam tidak hanya disunnahkan agar berpuasa di hari ke-10 Muharam atau dikenali sebagai hari Asyura, tetapi juga turut disunnahkan agar berpuasa pada hari ke sembilan Muharam.
Rasulullah mengisyaratkan tentang kelebihan puasa ‘Asyura sebagaimana sabdanya, “Adapun puasa di hari Asyura, aku memohon kepada ALLAH agar ia dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu.” (Hadis Riwayat Muslim)

http://ustazazhar.net

Monday, October 22, 2012

Nilai Suatu Sejarah



Mempelajari sejarah akan membuat kebaikan bagi kita di masa mendatang, dengan itu akan mengambil ibarat atas kejadian di masa lampau sebagai suatu ‘pesan’ berharga di masa yang akan datang. Juga memberikan cerminan langkah-langkah yang positif dan cemerlang setelahnya. Menggali sejarah terhadap naskah-naskah literatur Islam yang sepertinya ortodoks, tidak tersentuh oleh kajian-kajian yang memadai,yang akan membuat kemandekan bagi riset perkembangan sejarah Islam.

Dalam sejarah, bukannya kita mengenal kebohongan, melainkan sebuah kenyataan. Ertinya dengan menceritakan sebuah sejarah tadi menghasilkan sebuah ideologi yang disimpangkan menurut kepentingan-kepentigan pihak tertentu, misalnya: kejadian Holocaust, kisah terbunuhnya enam juta etnis Yahudi selama PD II, disini terlihat fakta bahwa kaum Zionis membesar-besarkan kejadian tersebut dengan tujuanmenyokong sempati dunia terhadap kaum Yahudi. Mereka setelah itu melarang kejadian tersebut untuk dilirik kembali. Adalah sebuah kebohongan yang tersimpan dibalik kisah tersebut, dan mereka tidakmenceritakan sebuah realitas yang sesungguhnya. Dan mereka tidak ingin selain mereka dan kontra Zionismenimbang ulang kejadian yang dianggap ‘keramat’ terse but. Di dalam Islam, kita temui beberapa kisah pada zaman Bani Umayyah dan Bani Abbas,perlu dikaji kebenarannya.

Sejarah adalah sumber penting bagi ilmu pengetahuan, dalam al-quran selain modal dasar bagi ilmu pengetahuan, seperti: akal dan hati, juga kita memiliki sejarah sebagai sumber pengetahuan. Terbukti alqur’an mengajak kita untuk mempelajari dan mengambil ibarat dari umat-umat sebelumnya. Didalam surat Al-Imran ayat 37, Allah Swt berfirman: ” Sesungguhnya telah berlalu setelah kamu sunahsunah Allah; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul).”

Dari ayat di atas, dapat disimpulkan bahawa kejadian sejarah merupakan sunnah Allah yang sudah ditetap dan tidak akan pernah berubah. Namun yang menjadi pertanyaan adalah penetapan sebuah landasan ideologi yang ada dalam sejarah dapatkah mengalami sebuah perubahan. Mengingat bahwa sejarah bagian dari waktu dan zaman, keduanya selalu mengalami sebuah perubahan, serta didasari dari sebuah dalil bahwa semua ideologi tidak selamanya akan bertahan, seperti halnya penetapan sebuah landasan hukum di figh. Seorang mujtahid yang mempunyai otoritas hukum memberikan fatwa hukum yang berdasarkan dalil-dalil dan maslahat yang disesuaikan menurut tuntutan zaman. Artinya, hukum asli mengalami sebuah perubahan dengan menyadarkan hukum berdasarkan maslahat tadi.

  
Berdasarkan pendapat kalangan Marxisme, adanya penetapan dalam sejarah, ertinya kejadian sejarah tidaklah berubah (jabr al-tarikh). Mereka menyakini kehidupan manusia yang berpijak pada keinginan-keinginan materi, yakni keinginan dan tujuan dasar manusia dalam kehidupannya untuk sebuah manfaat . Apapun yang kita pikirkan mengenai : budaya, akhlak, agama, keahlian, semuanya bukanlah sebuah asas bagi manusia. Jabr al-tarikh, di sini diartikan merupakan sebuah keharusan dan kelaziman dari tarikh tersebut. Disini dicontohkan: hubungan kausalitas, yang mengharuskan akibat selalu membutuhkan sebab. Syahid Murtadha Muthahari, dan kalangan Islam, tidak menafikan adanya jabr al-tarikh, tidak hanya terbatas pada sisi materi, namun yang dapat dipelajari dalam sebuah tarikh adalah sisi maknawi yang berupa kebebasan, kemuliaan, ketulusan, dsbnya.
   
Sejarah yang sarat akan nilai maknawi ini dapat kita lihat dalam peristiwa Karbala (kejadian terbunuhnya Imam Husein as dan keluarga beserta famili dan sahabatnya), walaupun kita tidak menafikan sejarah budaya lain yang mempunyai sisi-sisi maknawi. Di situ diajarkan tentang 
kesabaran, perjuangan, pergorbanan, ketulusan, kecintaan, dll.
  
Peristiwa Karbala adalah sebuah peristiwa yang mempunyai keitimewaan dan kelebihan 
tersendiri yang terlukis di dalam sejarah, bukanlah di dalamnya hanya menceritakan sebuah peperangan sebagai sebuah tragedi yang harus diingat seperti halnya mereka melakukan sebuah peperangan yang didalamnya saling membunuh dan terbunuh, namun nama mereka terkubur dalam buku sejarah. Para peneliti harus membuka halaman demi halaman buku sejarah. Setelah banyak halaman yang ia lampaui, ia baru dapat menutupnya dan menarik kesimpulan darinya. Namun peristiwa Karbala senantiasa menjadi nominasi dalam buku-buku sejarah dan selalu akan tetap lestari.
  
Mengenai kepribadian Imam Husein sendiri, bahwa kehidupan beliau seluruhnya irfan. Dalam ucapan beliau: “Aku tidak melihat kematian kecuali kebahagiaan, dan kehidupan bersama kaum zolim adalah sebuah kehinaan.” Oleh karenanya, banyak hikmah yang kita gali dalam sejarah, khususnya ketika kit abaca pristiwa atau tragedi ‘Karbala yang senantiasa menimbulkan sebuah acuan dan semangat perjuangan melawan orang-orang zalim. Juga 
memberikan pelajaran-pelajaran yang berharga lainnya.



Thursday, October 11, 2012

KESALAHAN UMUM TATABAHASA



Kali ni rasanya nak berkongsi ilmu bahasa ibunda/bahasa kebangsaan kita. Hari-hari kita bercakap menggunakan bahasa ibunda kita...

kebelakangan ni agensi kerajaan diminta memartabatkan bahasa kebangsaan kita dalam penyediaan laporan/surat-menyurat dan sebagainya dalam bahasa kebangsaan. Kadang-kala tanpa kita sedar, banyak kesalahan dalam penggunaan perkataan atau ayat dalam bahasa kebangsaan kita. Mungkin apa yang tersenarai di bawah ini boleh dijadikan panduan.

1. Kesalahan dari Segi Kata

 Kata Ganti Diri
1.      Kata beliau, dia, ia, kami, kita, dan mereka sering digunakan dengan salah.

2.      Kata beliau tidaak harus digunakan untuk orang yang tidak dihormati atau kanak-kanak dan binatang. Contoh:
  • Firdaus dihukum. Beliau ponteng sekolah. ( salah )
    Firdaus dihukum. Dia ponteng sekolah. ( betul )
  • Anjing itu garang. Beliau terpaksa dikurung. ( salah )
    Anjing itu garang. Anjing itu terpaksa dikurung. ( betul )
3.      Kata dia dan ia tidak boleh digunakan untuk binatang dan benda.
  • Baju ini mahal. Ia diimport dari Itali. ( salah )
  • Baju ini mahal. Baju ini diimport dari Itali. ( betul )
  • Beruang ini sakit. Ia perlu dirawat. ( salah )
  • Beruang ini sakit. Beruang ini perlu dirawat. ( betul )
4.      Kata kami bererti “ saya dengan dia”. Orang yang diajak bercakap tidak disertakan. Kita bererti “anda dengan saya” atau “anda dengan kami”. Orang yang diajak bercakap disertakan.
  • Kami mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (salah)
  • Kita mesti memenangi perlawanan ini,” kata Anas kepada Nazrul. (betul)
  • Kita akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (salah)
  • Kami akan ke rumah awak,” kata Ayu dan Tina kepada Suzie. (betul)
5.      Kata mereka  tidak boleh digunakan untuk benda dan binatang.
  • Ayam-ayam itu dikurung. Mereka akan disembelih. ( salah )
  • Ayam-ayam itu dikurung. Ayam-ayam itu akan disembelih. ( betul )
  • Buku-buku ini tebal. Mereka Syimir baca. ( salah )
  • Buku-buku  ini tebal. Buku-buku ini Syimir baca. ( betul )
6.      Kata mereka tidak boleh diulang.
  • Mereka-mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( salah )
  • Mereka yang ditawan berada dalam keadaan selamat. ( betul )
7.      Kata ganti ia dan nya tidak boleh digabungkan.
  • Kalau tidak dirawat mungkin ianya akan lumpuh. ( salah )
  • Kalau tidak dirawat mungkin ia/ dia akan lumpuh. ( betul )
  • Kucing itu mati kerana ianya dilanggar kereta. ( salah )
  • Kucing itu mati kerana dilanggar kereta. ( betul )
Kata Bilangan

1.      Terdapat 6 jenis kata bilangan:
  • Kata bilangan tentu seperti satu, seratus, sejuta dan sebagainya.
  • Kata bilangan tak tentu seperti beberapa, para, semua, setengah-setengah, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pecahan seperti setengah, suku, dan sebagainya.
  • Kata bilangan pisahan seperti masing-masing, dan setiap.
  • Kata bilangan himpunan seperti berbagai-bagai, kedua-dua, dan sebagainya.
  • Kata bilangan tingkat seperti pertama, kedua, keenam dan sebagainya.
2.      Kata bilangan seperti setengah-setengah, tiap-tiap, berbagai-bagai dan kedua-dua tidak boleh disingkatkan.
salah
a. setengah orang
b. tiap murid
c. berbagai warna
d. kedua mempelai

betul
      a. setengah-setengah orang
      b. tiap-tiap murid
      c. berbagai-bagai warna
      d. kedua-dua mempelai

3.      Kata para tidak boleh diulang.
  • Para-para penduduk perlu bekerjasama. ( salah )
  • Para penduduk perlu bekerjasama. ( betul )
4.      Kata bilangan tentu seperti satu, dua, tiga dan seterusnya tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan pecahan seperti suku dan setengah untuk penghitungan.
  • dua setengah meter ( salah )
  • dua suku jam ( salah )
  • tiga setengah ringgit ( salah )
  • dua meter setengah ( betul )
  • dua jam suku ( betul )
  • tiga ringgit setengah ( betul )
Penjodoh Bilangan

1.      Penjodoh bilangan biasanya digunakan dengan kata bilangan.

2.      Tetapi, ada kalanya penjodoh bilangan tidak perlu digunakan.

SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai tegura


3.      Penjodoh bilangan tidak juga diperlukan untuk menghitung kata nama abstrak.

SALAH
BETUL
beberapa buah usul
kedua-dua bentuk sifat
setiap buah sumbangan
semua buah pendapat
segala butir cadangan
tiap-tiap bentuk kenangan
pelbagai bentuk teguran
beberapa usul
kedua-dua sifat
setiap sumbangan
semua pendapat
segala cadangan
tiap-tiap kenangan
pelbagai teguran


Kata Sendi

1.Kata sendi yang sering digunakan dengan salah ialah dari dan daripada; di dan pada
   ke dan kepada.

2. Kata dari digunakan untuk tempat dan waktu. Kata daripada digunakan untuk orang,
    perbandingan, asal kejadian, benda abstrak, dan untuk menunjukkan keanggotaan.

SALAH
BETUL
Devi datang daripada Batu Kurau.

Saya menunggu Yatie daripada pukul dua.

Ely terima surat dari Elyas

Saya mendapat pengetahuan yang banyak dari buku yang saya baca.

Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat dari sutera.

Dari 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup
Devi datang  dari Batu Kurau.

Saya menunggu Yatie dari pukul dua.


Ely menerima surat daripada Elyas.

Saya mendapat pengetahuan yang banyak daripada buku yang saya baca.
Baju yang dipakai oleh Nadia dibuat daripada sutera.

Daripada 5 ekor anak ayam, hanya seekor yang hidup.

3.  Kata di digunakan untuk tempat sahaja. Kata pada digunakan untuk masa, orang, binatang, benda abstrak, dan benda konkrit tertentu.
Contoh:
     a. Di musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( salah )
     ~  Pada musim durian, Zainal mendapat banyak wang. ( betul )
     b. Ayu berkebun pada belakang rumah. ( salah )
     ~  Ayu berkebun di belakang rumah ( betul  )
     c. Dengan pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( salah )
    ~  Pada pendapat saya, kerja itu perlu dibereskan. ( betul )
    d. Buku cerita itu ada dengan Suzie. ( salah )
    ~  Buku itu ada pada Suzie. ( betul )

4.      Kata ke digunakan untuk tempat, masa, dan benda konkrit tidak bernyawa. Kata kepada pula digunakan untuk benda bernyawa.
      Contoh:
      a. Wang itu diberikan ke Rahmah. ( salah )
      -  Wang itu diberikan kepada Rahmah. ( betul )
      b. Ibu pergi kepada pasar setiap hari. ( salah )
      -  Ibu pergi ke pasar setiap hari ( betul )
      c. Latihan itu akan diadakan dari semasa kepada semasa. ( salah )
      -  Latihan itu akan diadakan dari semasa ke semasa. ( betul )


Kata Kerja   

1. Ada dua jenis kata kerja:
    a. kata kerja transitif
    b. kata kerja intransitif atau tak taransitif

2. Kata kerja transitif terbahagi kepada:
  • kata kerja yang berawalan men- ( melukis, membaca, mencari dsb. )
  • kata kerja yang berapitan men…..kan ( menyanyikan, membesarkan dsb.)
  • kata kerja yang berawalan meng…i ( membanjiri, menghadiahi dsb.)
  • kata kerja yang berawalan rangkap memper …. ( memperdaya, memperoleh)
  • kata kerja yang berapitan memper….kan ( memperhatikan, mempergunakan).
  • Kata kerja yang berapitan memper….i ( mempelajari, mempersentai dsb.)
3. Semua kata kerja transitif ( kecuali makan, minum, minta dan mohon) mesti berawalan men-
    a. buang sampah ( salah )
        membuang sampah ( betul )
    b. goring ikan ( salah )
        menggoreng ikan ( betul )

4. Kata kerja transitif yang berapitan men…kan dan men…i berbagai-bagai maknanya dan mesti digunakan dengan berhati-hati.

    Contoh:

SALAH
BETUL
Hafizuddin memberikan Seha sekuntum bunga.

Hanim mengambilkan segelas air untuk Ishak.

Baginda mengurniakan beliau bintang kebesaran.

Hakim menjatuhkan pencuri itu sebulan penjara.

Sampah sarap mengotorkan Taman Tasik Taiping.

Yatie menasihatkan saya agar rajin belajar.
Hafizuddin memberi Seha sekuntum bunga.

Hanim mengambilkan Ishak segelas air.

Baginda mengurniai beliau bintang kebesaran.

Hakim menjatuhi pencuri sebulan penjara.

Sampah sarap mengotori Taman Tasik Taiping.

Yatie menasihati saya agar rajin belajar.

5.      Kata kerja intarnsitif terbahagi kepada:
  • Kata kerja asal seperti ada, bangun, duduk, dan sebaginya.
  • Kata kerja yang berawalan ber- ( beradu, beroda, belajar dsb.)
  • Kata kerja yang berapitan ber…an ( berdekatan, berguguran )
  • Kata kerja yang berapitan ber…kan ( berpandukan, berlandaskan dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan men- ( melompat, mendarat, membesar dsb.)
  • Kata kerja yang berawalan ter- ( tertidur, terjatuh, terjumpa dsb.)
6.      Kata kerja intransitif yang berawalan ber-, men-, dan ter- tidak boleh ditiadakan awalannya. Contoh:
     -   tanya kepada Hamidah ( salah )
         bertanya kepada Hamidah ( betul )
     -  jangan lompat ( salah )
         jangan melompat ( betul )
     -   senyum kepada Kartina ( salah )
         tersenyum kepada Kartina ( betul )


Kata Hubung

1.      Ada 3 jenis kata hubung iaitu:
  • Kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, maka, serta, dan tetapi.
  • Kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, apabila, hingga, jika, dsb.
  • Kata hubung berpasangan seperti baik…ataupun, baik…mahupun. Bukan saja….tetapi juga dan sebaginya.
2.      Kata hubung sering digunakan salah sebagai akibat tidak memahami cara menggunakan kata-kata hubung tersebut. 
Contoh:
Nazrul bangun tetapi memberikan jawapan.
Budak itu cantik kecuali sombong.
Budin akan tidur di rumah Seha dan di hotel.
Agar segalanya berjalan lancar, usaha kita akan berjaya.
Sedangkan merokok membahayakan kesihatan, tambahan pula banyak orang yang tidak peduli.

3.      Kata hubung apabila selalu ditulis sebagai bila sedangkan kata bila itu merupakan kata tanya.
Contoh:
·        Midah termenung bila menerima berita itu. ( salah )
·        Din terkejut bila Seha menjerit. ( salah )
·        Pandai-pandailah menjaga diri bila berada di negeri orang. ( salah )
·        Minumlah ubat ini bila terasa sakit. ( salah )
·        Bila mendengar berita itu, Ayu terus pengsan. ( salah )


Penggunaan Kata Yang Tidak Tepat

1adakah dan apakah: Adakah digunakan untuk mendapat jawapan ya atau tidak.  
     Apakah digunakan untuk mendapat jawapan tentang nama binatang, benda dan perbuatan.

SALAH
BETUL
Apakah benar kata-katamu itu?
Apakah dia menangis?
Apakah aku bersalah?
Adakah benar kata-katamu itu?
Adakah dia menangis?
Adakah aku bersalah?


2.  boleh dan dapat : Boleh lebih tepat digunakan dalam hubungan dengan keizinan.
     Dapat lebih sesuai digunakan dalam hubungan dengan keupayaan atau kemampuan.

       
SALAH
BETUL
Syimir sudah boleh menunggang kuda.
Mazni tidak boleh pergi kerana demam.
Kami tidak boleh datang kerana hujan.
Syimir sudah dapat menunggang kuda.
Mazni tidak dapat pergi kerana demam.
Kami tidak dapat datang kerana hujan.

   







 3.   bukan dan tidak: Bukan digunakan apabila frasa nama menjadi predikat.
Tidak digunakan apabila frasa adjektif dan frasa kerja menjadi predikat.

SALAH
BETUL
Cincin ini bukan cantik.
Kami bukan membaca buku.
Basikal ini bukan mahal.
Saya bukan duduk di situ.
Cincin ini tidak cantik.
Kami tidak membaca buku.
Basikal ini tidak mahal.
Saya tidak duduk di situ.

4.  pedalaman dan pendalaman: Kata pedalaman bererti kawasan yang jauh. Kata pendalaman bererti usaha mendalamkan.

SALAH
BETUL
Kawasan pendalaman  itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pendalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pedalaman dasar Sungai Air Hitam akan dijalankan.
Kawasan pedalaman itu akan dimajukan.
Beberapa kawasan pedalaman Sarawak sukar dihubungi.
Pendalam Sungai Air Hitam akan dijalankan.


Kesalahan Dari Segi Frasa

Frasa Nama (Bentuk Jamak dan Hukum DM)

1. Bentuk jamak dapat dinyatakan melalui:
·        pengulanagn kata nama seperti: guru-guru, murid-murid, dan sebagainya.
·        Penggunaan kata bilangan seperti dua biji guli, semua murid, dan sebagainya.
·        Pengulangan kata adjektif seperti baik-baik, rajin-rajin dan sebagainya.
·        Penggunaan kata yang mendukung makna jamak seperti rakyat.

2.  Jika kata bilangan yang membawa makna jamak digunakan, kata nama yang menyertai kata bilangan itu tidak perlu diulang. Contoh:
·        dua biji telur
·        semua murid
·        para pendidik
·        pelbagai acara
·        segala haiwan
·        sekalian penduduk
·        seluruh kawasan

3.  Oleh sebab kata adjektif yang diulang sudah membawa makna jamak, maka kata nama tidak perlu diulang. 
Contoh:
·        Lukisan itu cantik-cantik belaka.
·        Pakaian di situ mahal-mahal harganya.
·        Ayam di situ gemuk-gemuk.
·        Pemuda di sini gagah-gagah belaka.
·        Gadis di sini cantik-cantik.
·        Kuih itu sedap-sedap rasanya.
·        Pahlawan Melaka handal-handal nampaknya.
·        Murid sekolah ini rajin-rajin belaka.

4.  Hukum DM pula ialah hukum tentang menyusun kata-kata untuk membentuk frasa nama dalam ayat:
·        D beerti unsur yang diterangkan
·        M beerti unsur yang menerangkan
      Contoh:

SALAH
BETUL
lain-lain hal
Nani Kedai Roti
goreng cempedak
Maggi mi
tomato sos
mini bas
mini taman
hal-hal lain
Kedai Roti Nani
cempedak goring
mi Maggi
sos tomato
bas mini
taman mini

5. Frasa Adjektif

·     Frasa adjektif ialah kata adjektif atau sekumpulan kata yang mempunyai kata adjektif sebagai kata utamanya dan dapat bertugas sebagai predikat dalam ayat.
·     Frasa adjektif sebagai predikat ayat boleh disertai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling.
·     Kata adjektif yang berawalan ter- boleh bertugas sebagai penerang tetapi tidak boleh bertugas sebagai predikat.

Contoh:

SALAH
BETUL
Bangunan itu tertinggi.
Nani terpandai.
Orang itu terkuat.
Bangunan itu paling tinggi.
Nani paling pandai.
Orang itu paling kuat

·     Apabila kata adjektif berawalan ter- digunakan sebagai penerang, kata penguat tidak diperlukan.

Contoh:    Nani mendapat markah yang terbaik sekali di dalam kelas. ( salah )
                      Nani mendapat markah yang tertinggi di dalam kelas. ( betul )
                             Noralah pemain yang paling terhandal. ( salah )
                      Noralah pemain yang terhandal. ( betul )
                             Itulah gunung yang tertinggi sekali di dunia. ( salah )
                      Itulah gunung yang tertinggi di dunia. ( betul )

·     Kata penguat tidak boleh diletakkan di depan atau di belakang kata adjektif sekali gus. 
Contoh:

SALAH
BETUL
Buah langsat ini sangat manis sekali.
Budak itulah yang paling nakal sekali.
Sungguh indah nian pemandangan di situ.
Buah langsat ini manis sekali.

Budak itulah yang paling nakal.

Sungguh indah pemandangan di situ.

·        Frasa adjektif mesti dikuti oleh farasa sendi apabila frasa adjektif itu diperluas.
Contoh:

SALAH
BETUL
Budak itu tidak suka durian.

Nora sangat takut anjing.

Nani sangat gemar filem Hindustan.

Mereka tidak perlu pertolongan kami.

Saya benci sikapnya itu.
Budak itu tidak suka akan durian.

Nora sangat takut akan anjing.

Nani sangat gemar akan filem Hindustan.

Mereka tidak perlu akan pertolongan kami.

Saya benci akan sikapnya itu.

6. Frasa Kerja Intransitif

·     Frasa kerja intransitif ialah kata kerja yang dapat bertugas sebagai predikat tanpa objek.
·     Frasa kerja intransitif boleh juga terdiri daripada sekumpulan kata yang mempunyai kata kerja intransitif  sebagai kata utamanya.
·     Kata kerja intransitif yang berapitan ber….kan mesti diikuti frasa nama untuk dapat membentuk frasa kerja yang bertugas sebagai predikat.

        
SALAH
BETUL
    berlandaskan pada undang-undang   
    berbantalkan dengan lengan
    berpandukan pada kamus  
    beratapkan dengan langit  
    bertilamkan dengan rumput
    berlandaskan undang-undang
    berbantalkan lengan
    berpandukan kamus
    beratapkan langit
    bertilamkan rumput

  • Frasa kerja intransitif mesti diikuti frasa sendi apabila frasa kerja intransitif itu diperluas. Contoh:
SALAH
BETUL
Kamu mesti ingat janji-janjimu

Kakak tidak mahu tidur sini.

Beliau akan datang kampung ini.

Nani ingin berjumpa cikgu.

Saya ingin bertemu gadis itu.

Kami ternampak Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.
Kamu mesti ingat akan janji-janjimu.

Kakak tidak mahu tidur di sini.

Beliau akan datang ke kampung ini.

Nani ingin berjumpa dengan cikgu.

Saya ingin bertemu dengan gadis itu.

Kami ternampak akan Cikgu Nora di perhentian bas Pudu Raya.

Frasa Kerja Transitif
  • Frasa kerja transitif ialah frasa kerja yang terdiri daripada kata kerja transitif serta frasa nama sebagai objek kepada kata kerja transitif itu.
  • Di antara kata kerja transitif  dengan frasa nama sebagai objek itu, kata-kata lain tidak boleh disisipkan.
SALAH
BETUL
Beliau turut menyentuh tentang perkata itu.
Nora tidak mengetahui akan hal itu.
Kami membincangkan tentang masalah itu.
Mereka melebarkan lagi jalan i
Nani menceritakan tentang pengalamannya semasa menuntut di luar negara.
Cerpen ini mengisahkan tentang perjuangan menentang penjajah.
Beliau turut menyentuh perkara itu.

 Nora tidak mengetahui hal itu.
Kami membincangkan masalah itu.

Mereka melebarkan jalan itu lagi.
Nani menceritakan pengalamannya semasa menuntut di luar negara.

Cerpen ini mengisahkan perjuangan menentang penjajah.


Frasa Kerja Pasif

1. Frasa kerja pasif ialah frasa kerja yang bertugas sebagai predikat dalam ayat pasif.

2. Frasa kerja pasif terbahagi kepada :
·        frasa kerja pasif diri pertama
·        frasa kerja pasif diri kedua
·        frasa kerja pasif diri ketiga

3.   Frasa kerja pasif diri pertama ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri pertama aku, kami, kita, saya dan sebagainya.

4.   Frasa kerja pasif diri kedua ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang tidak berawalan men- tetapi didahului oleh kata ganti diri kedua anda, awak, kamu dan sebagainya.

5.  Frasa kerja pasif diri ketiga ialah frasa yang terdiri daripada kata kerja yang berawalan di- serta diikuti oleh frasa sendi ( oleh + frasa nama ). Kata oleh pada frasa sendi itu boleh digugurkan.

6.  Bentuk frasa kerja pasif diri pertama tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH
BETUL
diambil olehku
dibuang oleh kami
disimpan oleh kita
dihantar oleh saya
dilaksanakan oleh patik
diburu oleh hamba
kuambil
kami buang
kita simpan
saya hantar
patik laksanakan
hamba buru


7. Bentuk frasa kerja pasif diri kedua pun tidak boleh disamakan  dengan bentuk frasa kerja pasif diri ketiga.

SALAH
BETUL
ditanya oleh anda
diberikan oleh engkau
dibeli oleh kamu
dikirim oleh awak
diperintahkan oleh tuanku
dibersihkan oleh kalian
anda Tanya
engkau berikan
kamu beli
awak kirim
tuanku perintahkan
kalian bersihkan

8. Bentuk frasa kerja pasif diri ketiga pula tidak boleh disamakan dengan bentuk frasa kerja pasif diri pertama dan farasa kerja pasif diri kedua.    

SALAH
BETUL
beliau tulis
dia kumpulkan
mereka kutip
baginda rasmikan
ia bersihkan
ditulis oleh beliau
dikumpulkan olehnya
dikutip oleh mereka
dirasmikan oleh baginda
dibersihkan olehnya

8. Kata-kata lain tidak boleh disisipkan di antara kata ganti diri pertama atau diri kedua dengan kata kerja yang tidak berawalan men- itu.

SALAH
BETUL
kami akan atasi
kita perlu tolong
saya sudah kirim
hamba akan khabarkan
patik belum laksanakan
anda mesti edarkan
engkau telah baca
kamu akan baiki
awak mesti  siapkan
kalian harus bereskan
akan kami atasi
perlu kita tolong
sudah saya kirim
akan hamba khabarkan
belum patik laksanakan
mesti anda edarkan
telah engkau baca
akan kamu baiki
mesti awak siapkan
harus kalian bereskan

KESALAHAN DARI SEGI STRUKTUR AYAT

1. Ayat Gabungan
·        Ayat gabungan terbentuk daripada dua atau bebearapa ayat tunggal yang dihubungkan dengan kata hubung
Contoh:
Nani dan Nora ke perpustakaan.
Nurul bukan saja pandai tetapi juga pemurah.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat gabungan berlaku apabila ayat-ayat tunggal yang membentuk ayat gabungan tidak digabungkan dengan betul. 
Contoh:

SALAH
BETUL
Mereka akan melancong ke Pulau 

Tioman atau Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau Jelai.

Baik yang kaya atau miskin datang ke rumahnya.

Hadiah ini untuk Izzat bukan Hazwan.

Jangankan membeli kereta, motosikal pun saya tak mampu.
Mereka akan melancong ke Pulau 

Tioman atau ke Pulau Langkawi?

Saya tidak pasti sama ada Nani tinggal di Relang atau di Jelai.

Baik yang kaya atau yang miskin datang ke rumahnya.

Hadiah ini untuk Izzat bukan untuk Hazwan.

Jangankan membeli kereta, membeli motosikal pun saya tak mampu.

2. Ayat Pancangan

·        Ayat pancangan ialah ayat yang berasal daripada dua ayat tunggal yang salah satunya dipancangkan pada ayat yang satu lagi.
Contoh:
a. Kereta Pak Leh itu terbabas.
b.Walaupun miskin keluarga Mak Piah bahagia.
Ayat (a) terbit daripada dua ayat, iaitu:
i.  Kereta itu terbabas.
ii. Kereta itu kereta Pak Leh.
Ayat (b) terbit daripada dua ayat yang berikut:
i. Keluarga Mak Piah miskin
ii. Keluarga Mak Piah bahagia.
·        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga apabila unsur penerang dalam ayat tersebut salah strukturnya. 
Contoh:

SALAH
BETUL
Rumah itu di atas bukit tidak ada penghuninya.
Bangunan itu yang tinggi Menara Maybank.
Rumah di atas bukit itu tidak ada penghuninya.
Bangunan yang tinggi itu Menara Maybank.

·        Kesalahan dalam pembentukan ayat pancangan berlaku juga kerana tidak ada kata hubung pancangan yang menghubungkan klausa bawahan dengan klausa utama. 
Contoh:

SALAH
BETUL
Kami berdoa kamu berjaya.
Semua orang tahu dia anak Pak Hamid.
Kami berdoa agar kamu berjaya.
Semua orang tahu bahawa dia anak Pak Hamid.

3. Ayat tergantung

·   Ayat mesti terdiri daripada subjek dan predikat.
·   Dalam susunan ayat biasa, letak subjek di depan dan letak predikat di belakang.
Contoh:
Budak itu / menangis.
Farhana / jatuh ke dalam longkang.

·   Dalam susunan ayat songsang, letak subjek di belakang dan predikat di depan. Contoh:
Siapakah / gadis itu.
Itulah / teman saya.
·     Bentuk ujaran yang tidak mempunyai subjek atau predikat disebut sebagai “ ayat tergantung
·     Ayat tergantung terjadi apabila ujaran itu bermula dengan kata sendi, kata hubung, kata kerja dan kerana penggunaan kata yang salah, dan sebagainya.

SALAH
BETUL
Di seluruh negara mengalami banjir.
Seluruh negara mengalami banjir.
Kerana hal itu akan dibincangkan.
Hal itu akan dibincangkan.
Dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Kehadiran tuan akan menyerikan majlis ini.
Banyak pelajar lulus dengan baik.
Banyak pelajar yang lulus dengan baik.
Ada pihak membangkang cadangan itu.
Ada pihak yang membangkang cadangan itu.
Dia yang datang kelmarin
Dia datang kelmarin.
Mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan
Setelah mengetahui hal itu saya membatalkan rancangan.
Kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat
Sebagai kesan kemelesetan ekonomi, pengangguran meningkat.
Turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Yang turut menghadiri majlis itu ialah Menteri Besar.
Apakah perlu kita lakukan sekarang?
Apakah yang perlu kita lakukan sekarang?
Siapa kata saya berbohong?
Siapakah yang mengatakan bahawa saya berbohong?
Peserta-peserta yang lulus saja akan dipilih.
Peserta-pesert ayng lulus saja yang akan dipilih.
Daripada bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Bukti-bukti ini jelas menunjukkan bahawa dia bersalah.
Mengikut beliau menyatakan bahawa perompak senjata api sudah itu  tumpas.
Beliau mengatakan bahawa perompak senjata api itu sudah tumpas.
Yang manakah betul?
Yang manakah yang betul?

4.      Ayat yang Tidak Betul Susunannya
·        Kata-kata sahaja belum beerti bahasa jika kata-kata itu tidak tersusun dalam bentuk ayat.
·        Apabila kata-kata tidak betul susunannya, maka bentuk bahasa menjadi salah atau tidak baku.

Contoh:
Ini hari Azizah tidak datang.
Buku ini saya tidak mahu membaca.
Yang melukis gambar ini Zainallah.
Yang memukul awak siapakah?
Itu pen dakwat sudah habis.
Nora dan Nani baik berkawan.
Majalah itu saya tidak menyimpannya.