Blogger Backgrounds

Wednesday, December 28, 2011

Fadhilat Bulan Dalam Islam : Safar


BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
"Katakanlah (wahai Muhammad), tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung yang menyelamatkan kami dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.''
Mengamalkan perkara-perkara khurafat atau kepercayaan karut adalah nyata ditegah oleh syarak di samping ketiadaan manfaatnya ia boleh merosakkan akidah seseorang dan ia juga menambahkan amalan-amalan bidaah yang buruk. Oleh yang demikian, umat Islam hendaklah melemparkan sangkaan atau kepercayaan karut tersebut supaya kita terlepas daripada amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik.

 [Sumber: Pelita Brunei]

Friday, December 23, 2011

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Salam, kisah ini saya dapati untuk dikongsi bersama di hari yang mulia ini...






Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap 
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, 


Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu 
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.. 

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. 

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW iaitu Abu Bakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? 

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. 


"Apakah Itu?", tanya Abu Bakar RA. 
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan  membawakan makanan untuk  seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA 

Keesokan harinya Abu Bakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu Bakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. 


Ketika Abu Bakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil mengherdik, 
"Siapakah kamu?" 
Abu Bakar RA menjawab, "Aku orang yang biasa (mendatangi engkau)". 
"Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si 
pengemis buta itu". 

"Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak 
susah mulut ini mengunyah. 


"Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya."

Abu Bakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,  "Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada.. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW". 

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar RA, dan kemudian berkata, "Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, 
ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia...." 

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim. 

Nah, wahai saudaraku, dapatkah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? 
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? 
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. 

Kalaupun tidak boleh kita meneladani beliau seratus peratusn, alangkah 
baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya. 

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai 
Rasulullahmu...

Tuesday, December 20, 2011

EFFECTS OF COLD WATER

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas .... 

Artikel ini berguna untuk semua. 


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah 
akan mendapat faedah dari amalan ini. 

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.  Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. 
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak 
yang baru kita makan.  Ia akan memperlahankan penghadaman kita.  
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan  menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan  menuju  ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. 
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
   

Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
 

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
  
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
  
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama  serangan jantung.
  
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa.  Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
  
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Monday, December 19, 2011

Khasiat Buah Delima untuk Kesihatan



Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:
·         Buah delima  mengandungi antioksidan 
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru, cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita.  Kerosakan sel akan menyebabkan pelbagai penyakit termasuklah  kanser, penyakit jantung dan alzheimer.


Buah delima   dapat  Melindungi jantung kita.
Kajian Proceedings of the National Academy of Sciences menyatakan  jus delima dapat mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat meluruhkan tompokan plak yang terlekat diarteri. Dalam Journal of Cardiology menyatakan pesakit  koroneri  (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.

·           Buah delima   dapat  Menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
      Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat mengurangkan  oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).

             Buah delima dapat  Mencegah dan mengubati kanser
    Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus  buah delima dapat menghancurkan sel-sel kanser payudara dan dapat membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah pembentukan sel kanser payudara.

  –  Ekstrak biji delima yang kaya polifenol dapat memulihkan  sel-sel leukemia kembali menjadi normal.

 –  Buah delima  membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah penelitian terhadap 50 lelaki  yang telah menjalani pengubatan kanser prostat yang minum 205g  jus delima setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.

·             Buah delima mungkin mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer.
 Dalam satu kajian, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima. Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik

·       Buah delima   Sumber nutrisi Sebiji  buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan ianya juga mengandungi  folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.

 Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit

·      Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang,  menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.

·      Kandungan gula Buah delima   mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati.  Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.

·        Lagi satu buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat caranyer sangat mudah Ok ….lepas makan buah delima jangan buang kulitnyer  ambik kulit buah delima jemur sehingga kulitnyer kecut…kemudian kisar atau kalau rajin tumbuk sampai lumat sehingga ianya menjadi serbuk…kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah..biarkan ianyer kering kemudian basuh…

 Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung

·          Buah delima  Melindungi otak bayi semasa kelahiran dalam Sebuah kajian dalam Pediatric Research menyatakan dengan hanya minum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi otak bayi yang baru lahir.

·     Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas., Bagi ibu yang mengandung Buah delima merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang tinggi yang dapat mencegah kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan langit-langit bibir sumbing pada bayi.

·           Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.

Tips memilih buah delima

·        Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tampa cela wah memang segar betulla dan kulit  tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selam a 6 bulan kalau disimpan dalam peti ais…

·        Untuk makan buah delima terlebih dahulu kopek kulitnyer  dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil  isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmatinyer keenakannya…..

Fakta mengenai Buah delima

·       Delima atau Punica granatum – sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.

·        Berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba lagi.

·          Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering di Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.

·      Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

·           Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada September sehingga Februari, manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Mac sehingga Mei.

·         Saiz buah delima matang sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai jenis dengan bentuk bulat heksagon.

·           Berkulit tebal warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.

·           Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna merah.

Thursday, December 15, 2011

TANDA-TANDA SAKIT

Risalah ini bagus untuk anda semua....... .....


Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-
 1.      MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
a.              Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses
b.             pembuangan  toksin.
Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses  penyeimbangan hati sedang berlaku.
c.              Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini   juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
d.             Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan   kerja.
e.             Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati   atau   bebanan yang berat.

2.      HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
a.              Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan                         mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).  
b.             Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.                              
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
c.              Bersin
-    Proses membuang toksin di bahagian kerongkong
-    Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
 3.     BATUK
a.              Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong
b.             Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya   kahak pekat keluar selepas beberapa hari.
c.              Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian  kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok   atau terdedah kepada udara yang tercemar.

 4.     KERONGKONG
a.              Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air  untuk membuang toksin.
b.              Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

 5.     BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
a.              Bibir pucat
·           Sistem penghadaman yang lemah.
·           Perut mengandungi angin.
·           Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang  sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat  besi.
b.             Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.      MULUT DAN LIDAH
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
a.              Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi 
b.             Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
c.              Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan  toksin.

 7.     TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang
a.              Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan..
b.             telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

 8.     KULIT Berpeluh :
a.              Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
b.             Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.       RUAM DAN BISUL
 Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10.    KULIT GATAL DENGAN RUAM
Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat       terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11.    KULIT PECAH DAN BERAIR
 Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12.    RAMBUT GUGUR
Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13.    SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a.              SAKIT SENDI
·               Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan  tanda- tanda penyakit pirai (gout).
·               Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
·               Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang..
b.             KEBAS TANGAN :
Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancer
c.              KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN :
Tanda-tanda lemah atau sakit jantung.
Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian  lengan dan kekal di sana, ini  menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d.             KEBAS KAKI :
Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e.             SAKIT TAPAK KAKI :
Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama
f.               SAKIT TUMIT KAKI :
Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g.              RASA PANAS DI TAPAK KAKI :
 Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h.             GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14.    TANDA-TANDA DALAMAN

a.      KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala  mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
b.      PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak  berfikir.
c.      PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
·               Bahagian atas - Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi
·               Bahagian bawah (tengkuk)- Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi  atau tekanan darah.
d.      SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA: Menandakan penyakit migrain.
e.      BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
f.       RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15.    MULUT/KERONGKONG/ LIDAH

a.              LOYA/MUNTAH .
Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik  dari bahagian perut.
b.             MUNTAH DARAH·       Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong  dan
·       Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

 16.     LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK :
  Tanda sakit jantung.

17.     KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT
 Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan 
 kuman

18.    KENCING

a.              KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang
b.             AIR KENCING BERKAPUR  Menunjukkan penyakit batu karang dalam   buah  pinggang.
c.              AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang  mengandungi kotoran berlemak.
d.             AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan  proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e.             AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19.    BUANG AIR BESAR

a.           CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar..
b.           SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c.            NAJIS BERDARAH
-  Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus..
         -  Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d.             NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20.    BADAN
a.       RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
·               Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
·               Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan..
·               Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
·               Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah. 
b.      BADAN TERASA BERAT/ MALAS/LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c.    BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini  menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d.      BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21.    RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22.    CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23.    RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24.    RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
          a.   Sistem jantung yang lemah
b.      Sistem saraf otak yang lema
c.       Masalah pengaliran darah

25.   SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.




Monday, December 12, 2011

Take A Break....

Salam,


Dalam musim Cuti Sekolah ni, memang tidak dinafikan ia sanga
sinonim juga dengan Majlis Perkahwinan ... jadi untuk meringankan kepala  sikit dengan beberapa cerita lucu....


Kisah Pengantin

Kisah terjadi sewaktu Majlis akad nikah. Majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki. Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam ini. Jadi masa bersila tu. Aku pun mengesot sikit-sikit untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya.

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kena sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab “ lima ”. Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecil-kecil lagi. Tok kadi pun angguk lah, jadi aku rasa jawapan tu ok lah kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling. Aku rasa macam nak tolong saja mamat pengantin tu…bukannya susah, jawapannya anjing dengan bab* saja,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi….tok kadi mula senyum.. tiba-tiba majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman .

Aku pegang mata aku, penuh dengan air mata,yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besarkat pengantin tu keadaan senyap sunyi….tapi bila pengantin tu jawap “Taik Gajah” suasana jadi hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana …taik gajah… besar betul..lebih2 lagi bila gajah makan durian....

HAHAHA...Panik punya pasal...So kepada bakal pengantin...persiapkan diri anda dengan segala persiapan bukan saja mental dan fizikal, malah yang lebih penting...ILMU DI DADA terutama ILMU AGAMA kerana anda bakal menjadi PEMIMPIN keluarga dan pembentuk GENERASI akan datang....