Blogger Backgrounds

Tuesday, December 6, 2011

PERISTIWA PENTING PADA 10 MUHARRAM

Assalamualaikum w.b.t...






Kalau mengikut kalender, esok 6 Disember 2011 kita akan menyambut 10 Muharram. Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa banyak sangat perkara yang sunat dilakukan pada 10 Muharram? Apa berlaku tarikh tu, keramat jer bunyinya?


Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada tarikh tersebut:


1. Nabi Adam a.s. bertaubat kepada Allah;


2. Nabi Idris a.s. diangkat oleh Allah ke langit;


3. Nabi Nuh a.s. diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelami air bah selama 6 bulan;


4. Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan oleh Allah dari pembakaran Raja Namrud;


5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s.;


6. Nabi Yusof a.s. dibebaskan dari penjara;


7. Penglihatan Nabi Yaakob a.s. yang kabur dipulihkan oleh Allah;


8. Nabi Ayub a.s. dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang dideritanya;


9. Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam;


10. Laut Merah terbelah dua untuk selamatkan Nabi Musa a.s. dan pengikut-pengikutnya dari tentera Fir’aun;


11. Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah;


12. Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan kerajaan besar oleh Allah;


13. Nabi Isa a.s. diangkat ke langit;


14. Hari pertama Allah ciptakan alam;


15. Hari pertama Allah turunkan hujan;


16. Hari pertama Allah turunkan rahmat;


17. Allah jadikan Arasy;


18. Allah jadikan Luh Mahfuz; dan


19. Allah jadikan malaikat Jibril.


Emmm... sebab itu lah hari 10 Muharram ni besar. Rupanya banyak sangat peristiwa yang berlaku di tarikh tu.


Sekian dimaklumkan (untuk dikongsi bersama), wallahu a’lam.

No comments: