Blogger Backgrounds

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN !!!





Tahun ini, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 tahun, serentak dengan Umat Islam menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Fitri. Nampaknya sekali lagi kita merayakan perayaan berganda tahun ni...mungkin boleh digelar MERDEKA RAYA pulak la ye.
Tahun ni rasanya mood sambutan kemerdekaan amat kurang dirasai. Kalau tahun-tahun sebelum ni bila masuk bulan Ogos saje, kebanyakan premis kerajaan dan gedung perniagaan telah menghias premis masing-masing dengan Jalur Gemilang...tapi tahun ni sambutannya saya lihat agak hambar sedikit. Rumah-rumah persendirian dan premis-premis swasta dan kerajaan kurang ghairah mengibarkan jalur gemilang. Mungkin mood sambutan raya lebih dominan agaknya...Hiasan bertema raya lebih ketara ditambah sejak lagu-lagu raya berkumandang di mana-mana....lagu-lagu patriotik dah jadi tenggelam dan kurang sekali diputarkan diradio atau di gedung beli-belah....
Mengapa keadaan ini boleh berlaku...adakah ERTI KEMERDEKAAN telah mula dilupakan...terutama oleh golongan muda yang tidak pernah merasa perit jerih dan kesengsaraan semasa Negara masih dijajah dulu....
Sebagai warga Malaysia era baru, alangkah bertuahnya kita mampu tidur nyenyak di malam hari, bukankah begitu mudah membuka kerdipan mata di pagi hari yang nyaman aman dan sentosa.. Begitu juga makan dan minum, kerja dan bermain serta bebas tanpa sekatan, menyanyi riang, gelak ketawa dan senyuman memekar setiap masa..
Inilah Malaysia... dunia yang begitu aman bahagia.. kemerdekaan hari ini merupakan antara nikmat Ilahi yang amat bermakna sekali.
Namun biarlah erti kemerdekaan itu dihayati dengan penuh kesyukuran. Kita di Malaysia begitu bertuah berbanding anak-anak muda Palestin yang saban hari bertempur dengan bala tentera zionis durjana. Dan darah yang ditumpahkan di bumi Palestin itu bukan sekerat dua jiwa, tapi memakan beribu nyawa sehingga diwarisi dari generasi ke generasi.

Di tanah al-Quds itu menjadi saksi, anak muda berani berdepan kereta kebal dengan hanya membaling batu.. Ia menyekat kemaraan tentera zionis laknatullah.. Ironinya di Malaysia anak muda bersukaria dengan membaling botol di atas pentas konsert dan tanpa segan silu membuka baju.. Membiarkan kemaraan gejala libido yang merosakkan maruah generasi kita yang menjadi petanda yang ada pada setiap kejatuhan empayar agung dunia termasuk Romawi yang kehilangan jatidiri peribadi mulia dan terhormat.

Moga kita semua belajar dari sejarah... sama ada kita mencipta sejarah atau menjadi bahan sejarah.. Jadikan Malaysia negara yang dihormati serta disegani lawan dan kawan. Generasi muda hari ini mampu mencipta perubahan, membuat tajdid dan pembaharuan.. Ke arah masyarakat madani, membawa agenda nusa sejati berlandaskan syariat Ilahi.

Moga kemerdekaan Malaysia yang dikecapi ini, membolehkan kita berjuang untuk agamaNya dan ummat Islam seluruhnya.. Jadikan kelebihan yang kita miliki hari ini untuk bekalan hari esok.. Berbuat baik selalu, berbuat amal kebajikan dan meninggalkan larangan tuhan.. Berdoa dan berusaha untuk yang masa depan yang cerah membantu mereka yang susah dan kurang bernasib baik, berkongsi kekayaan dengan adil, merangka dasar dan polisi untuk maslahat rakyat, mentadbir kewangan dengan berhemah dan berintegriti, menerapkan sikap positif dalam urusan seharian, mengangkat kebenaran dan menjauhi kebatilan... Dengan dengan ini menjadikan kemakmuran kita lebih berkat dan dipenuhi rahmat.

JANGANLAH KITA TERLALU GEMBIRA DENGAN SAMBUTAN HARI RAYA TETAPI ALPA DENGAN TANGGUNGJAWAB KITA KEPADA NEGARA, AGAMA DAN BANGSA KITA SENDIRI....



No comments: