Blogger Backgrounds

Saturday, March 31, 2012

JENIS-JENIS MINYAK WANGI


Saya memang suka mengguna dan membeli minyak wangi. Selalunya  saya beli kerana baunya yang sesuai dengan citarasa saya tetapi ada juga yang saya beli kerana design botolnya yang sangat menarik hati.  Jadi, macamana kita nak memilih minyak wangi yang hendak dibeli. Ada minyak wangi yang baunya boleh bertahan lama, tetapi ada juga yang baru pakai sejam dua, baunya telah hilang.....

Di sini saya kongsikan bersama, jenis-jenis minyak wangi...so lepas ni kalau nak membeli...boleh pilih yang baunya boleh bertahan lama atau yang perlu disembur banyak kali untuk sentiasa berbau wangi...


Terdapat 4 jenis minyak wangi yang berada di pasaran, iaitu:

1. PERFUME (PARFUM)


Perfume atau parfum (dalam bahasa Perancis) mengandungi kepekatan minyak wangian yang tinggi iaitu 20% hingga 50%, menjadikannya tahan lebih lama jika dipakai. Memandangkan ianya tahan lama, harganya agak mahal.

2. EAU DE PARFUM (EDP)


Eau de Parfum mengandungi kandungan minyak wangi di antara 10-15%. Ia adalah jenis wangian yang paling popular kerana lebih murah jika dibandingkan dengan perfume dan masih boleh bertahan agak lama jika dipakai. Eau de perfume sangat sesuai dipakai di kawasan badan yang paling hangat, denyutan nadi, di pergelangan tangan, di kawasan tepi leher, di dada, di lipatan siku, di belakang lutut dan pergelangan kaki. Jangan meletakkannya di belakang telinga apa lagi jika terlalu banyak. Ini kerana kita mahukan bau yang harum bukan menyengat. Sesetengah orang juga kadang-kadang pening bila terhidu bau wangian.

3. EAU DE TOILETTE (EDT)


Eau de Toilette ialah campuran perfume di antara 3-8%. Ia tidak boleh bertahan terlalu lama. Tidak hairanlah ia hanya mampu bertahan di antara 3 hingga 4 jam bergantung kepada jenis kulit anda. Ramai orang menganggap Eau de Toilette sama seperti perfume atau eau de parfum. Cara paling baik untuk menyelesaikannya ialah bawanya ke mana-mana (di dalam botol kecil). Baunya juga tidaklah sehebat Perfum atau eau de perfume tadi tetapi sudah boleh membuat orang di sekeliling anda menyedut udara dalam-dalam jika terserempak dengan anda. Haruman yang nyaman dan perlahan ini juga boleh memberi kesan yang sangat bagus. Baunya pun sedang-sedang je.


4. COLOGNE


Cologne mengandungi pati perfume yang paling sedikit iaitu sekitar 3% sahaja. Eau de Cologne ialah istilah yang digunakan hari ini untuk merujuk kepada campuran perfume. Ia adalah wangian yang paling kurang kepekatannya dan sudah tentulah lebih murah jika dibandingkan dengan yang lain.


Emmmm....pastikan RM yang dikeluarkan untuk membeli minyak wangi tu berbaloi....


2 comments:

parfum-ori said...

Terima kasih banyak atas infonya gan.

Parfum Original :
Menyediakan berbagai macam parfum merek internasional dengan kualitas original dan aroma yang tahan lama.
http://parfum-ori.blogspot.com/

sue said...

Salam..info yg sgt berguna.Sy merupakan penjual perfume jenis PARFUM yg telah diolah semula dr wangian brand yg famous didunia.Bukan nak cakap saje tp perfume ni mmg tahan lama.jika berminat nak cuba bleh contact sy Sue 0187686526..perfume ni keluaran HS Inspire,ade perfume inspired by Gucci,Ralph,Body Shop,Salvatore,DKNY,Hugo,Dunhill